Followers

Tuesday, April 30, 2013

Layang2 terbang tinggi


Seriously mama memang x pernah main lelayang ni
maklum la
pompuan sopan, mane main layang2
main masak2 ajer
berlainan ngan en papa
yang memang anak JANTAN
melasak sakan
dan 
hujung minggu lepas
en papa menunjukkan skill menaikkan  layang2
nasib la naik tinggi
melepaskan gian nak main layang2
KONONYER LA
Tapi
bila anak anak dara buat hal
habis plan nak main lelayang
terus batalkan hasrat nak naikkan layang2 lebih tinggi
GERAM je en papa



Pn MAMA@axie04

Monday, April 29, 2013

Pau Kaya Panas Satu


En papa kene pau ngan anak dara
 cadang nak bawak g main-main je
last2 kene pau lak
dengan malu2 si kakak bagitau die nak jugak skuter tu
mama dah start membebel bagai
redho x redho kene gak belikan
klu idak mau ade drama guling2 plak
En papa rajin melayan si kakak yang baru dapat skuter
sampai setengah botol air mineral di telan
penat sangat la tu kisahnyer
dah abis main skuter sambung plak main
belon angin
yang kebetulan ade lak minggu ni
coz minggu lepas x de plak
 satu yang mama x suka
bila 2 beradik bergaduh pasal dedua nak naik skuter
HANGIN je
 Adik yang sibuk jugak nak testing skuter kakak
balik rumah memasing sambung gaduh nak main skuter
siap nak bawak tempat tido
mmg nak kene betul la
menguji kesabaran betul la
last2 mmg kene sorok tempat paling selamat la
bila perlu je baru keluarkan
sekali lagi HANGIN



Pn MAMA@axie04

TTP


Treasury Transformation Programme
 Kami hanya g melawat kawasan di waktu petang sahaja
memandangkan saya bertugas di kaunter di pagi hari
dan kengkawan yang lain 
menjalankan tanggungjawab menyelesaikan segala tugas
sebelum berlibur di petang hari
 Kami yang memariahkan majlis
 Memandangkan dah 4 kumpulan berdikir kat stage
maka ke boringan pun melanda
maka, ini lah jadinyer
bergambar sana sini
tersengih sana sini
tanpa menghiraukan orang sekeliling
YEY
enjoing ourself, selepas bersorak sakan untuk OUR dikir group

Pn MAMA@axie04

Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam maut ditembak

Berita Terkini
kejadian pagi tadi
dah la dekat ngan rumah 
dah tu lagi x percaya
x sangka plak kejadian tembak2 ni dah masuk putrajaya
SERAM ok



PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini. SUMBER



p/s: Dengar citernyer la, seminggu lepas dah ade piket kat kastam, maybe HAL berkaitan la kot.


Pn MAMA@axie04

Wednesday, April 24, 2013

Tenangkan fikiran, tambah pengetahuan


Sape suka main cari2
i memang suka main cari2
dari game cari2 bende tersembunyi
sampai la game cari perkataan
mmg FAV game la ni
dari start mengandung
ni la, bende yang dibuat di masa lapang
x kira di mana
di angkut ke ospital walaupun ke klinik
(menunggu lama sangat)
dari satu buku ke buku lain
dah abis sanggup beli lagi
x cukup ngan buku
kat enpon pun install game ni jugak
SYOK
tapi frust je bila main kat enpon
pasal die ade rekod masa kita abiskan game tu
mula la dok saiko diri
nak buat laju2
bila x dapat nak beat masa terpantas mula la menyampah
HANGIN satu badan

Pn MAMA@axie04

Gomol gomol


 Kesekian kalinyer
kami mendaki tangga menara tinjau kat taman wetland
selepas melawat itik dan angsa untuk keberapa kali
rajin menggerakkan kereta ke sini pasal
anak dara ni pencinta haiwan
so melawat itik ngan angsa tu kira abis seronok la

 dah alang2 tu panjant tangga mera tinjau
dah rasa cam nak lelah pun ade
stamina dah out la katakan
tapi bila sampai kat atas
rasa seronok sangat
sejuk je
angin pun sepoi2 bahasa
budak 2 org melayan main guling2
macam dah x cukup lantai berkejar
seronok x ingat
 siap guling2 bagai
nasib la x de orang 
jadinyer macam tempat ni aku yang punya
lama gak dok kat atas ni
 masa ni sebenarnya baru je balik dari pameran
KATAK & KODOK
kat muzium alam semulajadi presint diplomatik
Almira kegelian dok tengok spider yang beso2
terus cabut lari
 main kat sini pun best jugak
berangin je
sejuk je
x risau nak peluh2 bagai
cuma nak menapak tu je la
riadah di petang hari
seminggu sekali
ape salahnyer kan
MEH pakat panjat lagi minggu ni
MAU en papa


Pn MAMA@axie04

Tuesday, April 23, 2013

Bila Almira ke Opis mama


Nampak?
cantik bersih suci murni je lantai
 bila anak dara datang
mula la die buat tawaf kawasan
 buat QA & QC
segala peralatan yang ade
 ambil alih tugas separuh tugas mama
cop segala surat dan kertas
 lawatan kawasan
ala2 YB nak masuk bertanding
 buat kerja2 kebajikan spt mengalihkan "barang2"
 buat semakan alat tulis
 supaya memenuhi syarat 5S
  setelah penat
rehat makan kejap
 dah tu sambung buat kerja balik
  dan slalunyer
saya akan sangat gembira bila dapat ke opis mama
 kali terakhir saya g opis mama
saya testing kasut dan
 peralatan pejabat
 dalam kata lain
mama kasi saya test gunting
 dibantu dan diselenggara oleh abang sebelah
 dan dengan jayanya saya telah memutihkan lantai opis mama
 dah alang2 menggunting
kita wat kad ucapan skali
 dan tambahkan keputihan kertas di lantai



SEKIAN
saya suka g opis mama


p/s: MAMA pening


Monday, April 22, 2013

Berbuble di hujung minggu


sesaje nak menghiburkan hati anak2
dari memerap kat rumah je
baik keluar bermain
terbukak sikit minda
KONON nyer la

Singgah sebentar setelah perjalanan yang jauh
dah macam buat pusingan 360 darjah sahaja
ni kita pit stop yang terakhir la


saje je suggest kat en papa ajak si anak dara main buble 
memang syok abis la die
sewa ok bende ni
jangan dok bawak balik plak
pasai ape
en papa nyaris nak bawak balik
gelak kat kami jap
en papa sewa yang beginner sahaja
which seringgit 1 dan air die pun seringgit jugak
main punya main
 
memasing nak tunjuk skill
sampai masa anak dara nak tunjuk skill jugak
yang akhirnya membawa kepada 
MERAJUK berpanjangan
terpaksa plak mama yang ambil alih
ajak plak main pasir warna warni tu
yang ni mak nyer yang excited lebih
NATI kita main lagi k
moralnyer
nak bawak anak2 bergumbira kene spare poket lebih skit
pasal kita x jangka ape akan jadi


JADINYER
papa kene pau
KITE sebijik
sepuluh hengget
sebelum nak balik
kene plak buat lagi satu pit stop
nak terbangkan layang2
nak suh mama
x payah le, x de pengalaman langsung main lelayang
en papa la yang dok melayan
mengimbau nostagia katanya


p/s: seronok jugak menyinggah kat tempat ni (santai selebriti). tapi lagi best klu x de muzik yang terlalu kuat itew.

Pn MAMA@axie04

Saturday, April 20, 2013

KOLEKSI SOALAN KPSL 2010 DAN 2011 BAHAGIAN 1

Ini Untuk bahan Rujukan dan tambahan tuk yang nak study exam tahun ni ek

Dalam satu booklet ade 8 soalan, so kene jawab 5 soalan saja, sikit kan? x banyak pun. abis2 pun lenguh2 je masa nak mengarang jawapan.(jawapan esei ok) rasakan je la. huhuhu, ape2 pun saje je nak share koleksi soalan 2010 dan 2011 pasal if soalan tu 2012 comfirm la die takkan ulang balik in 2013 punya exam. dan saya just pick random question je la ek. x larat den nak menaip sebijik sejibun.
soalan 2 tahun 2010 Bahagian 1
Seorang pengurus sumber manusia mempunyai tanggungjawab menguruskan perkara-perkara spt penanggungan kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat. Berdasarkan kepada peraturan sedia ada, jelaskan perkara-perkara berikut: 
a) maksud "pemagkuan".
b) syarat-syarat pembayaran elaun penanggungan kerja.
c) aspek-aspek yang diambil kira oleh lembaga kenaikan pangkat sama menimbang urusan kenaikan          pangkat.

soalan 4 tahun 2010 Bahagian 1
a) 1.Puan felina, seorang jururawat di klinik kesihatan seri kembangan, selangor telah tepilih sebagai jurulatih  bola jaring bagi persediaan pasukan selangor mengahadapi sukan malaysia (sukma) akan datang. untuk tujuan latihan di luar negeri selangor, beliau terpaksa bercuti.
Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.
   2. doktor mikhael, seorang ahli persatuan pergigian malaysia (mda) ingin mengadiri mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan? nyatakan kadan dan syarat-syaratnya.

b) 1.Apakah syarat perlantikan seorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam?
    2. nyatakan tarikh perlantikan tetap bagi seseorang pegawai sementara.

soalan 5 tahun 2010 Bahagian 1
Jabatan kerja raya telah membuat perolehan peralatan pejabat pada 20 disember 2008. peralatan pejabat tersebut telah diterima oleh pihak jabatan pada 5 jan 2009. tempoh akaun kena bayar bagi tahun 2008 adalah sehingga 15 jan 2009 dan pihak pembekal hanya membuat tuntutan pembayaran pada 20 januari 2009.
a) dalam kes ini kenal pasti isu yang berbangkit.
b) jelaskan bagaimanakah pembayaran boleh dilakukan dan apakah syarat yang membolehkan pembayaran dibuat?
c) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

soalan 7 tahun 2011 Bahagian 1
Encik robert sedang menguruskan penyimpanan barang-barang stor yang dipindahkan dari bangunan stor lama yang akan dirobohkan kepada bangunan stor yang baru. Jelaskan
a) perancangan susun atur ruang stor yang perlu diambilkira oleh en robert bagi memastikan penggunaan ruang stor yang optimum.
b) Tata cara merekod stok bagi stor utama

soalan 1 tahun 2011 Bahagian 1
En chin seorang penolong pegawai tadbir n27 yang telah berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun, telah dipinjamkan ke dewan bandaraya kuala lumpur selama dua tahun. semasa berkhidmat di DBKL, beliau telah dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh ketua perkhidmatanya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan ketua perkhidmatan en chin yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul? beri alasan anda.
b) jelaskan prosedur bagi perletakan jawatan en chin
c) Bilakan perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah perletakan jawatannya ditarik balik?

soalan 4 tahun 2011 Bahagian 1
Puan azureen sedang meneliti peruntukan, kelayakan dan kesan cuti terhadap perkhidmatan bagi menjelaskan pertanyaan yang dihantar menerusi email kepadanya. beliau kurang jelas dan meminta bantuan anda untuk menerangkan mengenai perkara berikut:
a) paraturan jika seorang pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara.
b) Nyatakan 7 kesan cuti separuh gaji terhadap perkhidmatan seseorang pegawai.



Ok
itu sahaja untuk setakat ini
esok2 klu rajin den menaip lagi ek
koleksi soalan bahagian 2 plak pasni
bahagian 3 den malas nak pikir sangat
pasal den dan lulus
tapi klu ade yang nak jugak
boleh la di sharekan (if ade la)
bukan ape. klu x buat cam ni den pun idak le study jugak
at lease macam ni den baca ngan berfikir la jugak
SEKIAN, slamat STUDY guys






Pn MAMA@axie04

Wednesday, April 3, 2013

Our new family member

Si kecik yang belum ade nama lagi
Angkara ayah yang nerves lebih
tido je keje die
Bising la cam mane pun
Tido jugak la
Walhal macam boleh agak die tak tido
Maybe Malas nak bukak mata kot
Silau
Tapi
masa dah nak balik tu,
Cecepat die bukak mata
Nak bye2 kot
Pas abis sesi gomol2 bagai
Sambung tido balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...