Followers

Sunday, May 19, 2013

HFMD

Arghhhh
Udah keluar segala tanda
Mau cuti panjang la cam ni
Bersiap sedia utk berjaga mlm untuk hari2 seterusnya,
Jagan berjangkit ke si adik sudah.

Saturday, May 18, 2013

Almira start ade tanda

 
WRITTEN BY YU KIN LEN
SUNDAY, 20 MAY 2012 08:01
Baru-baru ini, kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sarawak telah dilaporkan meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada jumlah 213 kes kepada jumlah 806 kes berbanding dengan tahun lepas. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus), sejenis virus yang biasanya terdapat dalam usus. Antaranya virus enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 31 orang kanak-kanak di Sarawak pada tahun 1997.
Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.
Risiko kanak-kanak untuk menjangkiti penyakit tersebut akan meningkat jika dia berada di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika di mana tempat tersebut biasanya sesak dan mempunyai kanak-kanak yang banyak. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pusat jagaan kanak-kanak atau tadika yang mempunyai dua atau lebih kes penyakit tangan, kaki dan mulut untuk ditutup.
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung penyakit. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.
Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namum begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.
Tanda dan gejala penyakit:
  1. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  2. Ulser di tekak dan mulut
  3. Deman
  4. Sakit kepala
  5. Hilang selera makan
  6. Kurang kencing
  7. Penat dan lemah
Tempoh pengeraman:
  1. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
  2. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat.
  3. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
Komplikasi
  1. Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
  2. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
  3. Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas.
  4. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Langkah-langkah pencegahan
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
  3. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  4. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  6. Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak-anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  1. Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  2. Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  3. Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Perawatan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya ialah menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Buat sementara ini, masih tiada vaksinasi untuk penyakit ini.

Rujukan: Info Sihat dan Utusan Malaysia


Thursday, May 16, 2013

Quarantine kaki tangan n mulut

Amik ko
10 hari cuti nasib esok jumaat n minggu dpn keje 4 hari je
kuarantin start 14 hingga 25 MEI 2013



so 
Hari guru untuk TASKA yang dijadualkan ESOK
batal



STK

Rahsia tau


Pepagi bila gerak je Almira
memacam ayat pujuk nak bagi die bangun dan x menagis
sampai la turn pagi tadi
dalam keadaan mengantuk lemah longlai bagai
die bagitau die x mo buat rutin beratur
BAGUS anak mama
so mama suggest kat die
nati mama bagi tau kat cikgu ye
so die pun jawab, OK



selesai mandi bagai
siap pakai baju bagai (sambil nagis x mo pakai uniform)
mintak susu bagai 
and ready to school






but...
bila mama park je kete n mintak die turun tuk masuk kelas
die terus bisik kat mama
"mama jangan bagitau cikgu tau"
dengan senyum simpul mama pun hantar die masuk kelas


esok ntah ape la plak alasan die
huhuhuhuhu

Pn MAMA@axie04

Wednesday, May 15, 2013

Hari prestasi


Hari prestasi Almira
mak bapaknyer yang mengeletar lebih
 11 mei 2013
lambat jugak kami pegi
sampai je cek nama
tengok x de nama
nasib la ade cikgu yang assist
bagi tau kata pelajar baru nama kat list lain
sabo je la
ni sume gara2 almira cuti hari jumaat tu la (10 mei 2013)
terus x tau ape flow
menarik
 dah daftar nama sume bagai
ambik buku2 yang digunakan masa pembelajaran
masa dok belek buku ni la Almira tunjuk skill die
lawak pun ade, memacam tulisan n lukisan ade
bukan la sume cam tu
ade jugak yang die buat betul
by the way
macam en papa cakap
klu nak expect anak buat betul sume baik kita yang buatkan
klu x salah cam ne die nak belajar

dan mama pun paham ape sebenarnya yang terjadi ngan buku2 tu sume
Almira ni jenis kurang tumpuan masa buat latihan (if cikgu x tumpu kat die memang kelaut la)

SO
the result is
prestasi almira average aje
tapi dari feb mac ke april mei 
ade peningkatan
subjek lemah
megenal huruf jawi
baca boleh, tapi x kenal plak
haiya
but
Alhamdullilah
paling x tahan komen cikgu 
"ALMIRA ni manja"
so mama jawab
"haah, n die memang manja."


END of STORY




Pn MAMA@axie04
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...