Followers

Saturday, May 25, 2013

Happy ANNIVERSARY


Anniversary KAMI yang ke
5 (Lima)
tak sangka sudah 5 tahun berlalu
sume dah bertambah
anak dah bertambah
berat dah bertambah
kegembiraan bertambah
memori bertambah
dan macam2 lagi yang bertambah
kenangan sungguh
ntah bila la nak wat photoshoot lagi
kali ni ngan anak2 plak
bukan la x berphoto
tapi nak yang proper
yang ala2 grand
belagak x ingat
huhu
ape2 pun 
selamat hari ulang tahun perkahwinan 
kepada suami ku yang terchinta



Pn MAMA@axie04

Thursday, May 23, 2013

My birthday boy

My birthday boy men demam since smalam
Mulut penuh ulser
Kesian sungguh la
Mama langsung x leh nak prepare ape2
Adik dok asyik berberkepit je
Anyway
Happy birthday to my little angel
May all the best wish will be on you



Kejap x kejap dah setahun
Dok teringat lagi sakit mau bersalin
Hihihihi

Saturday, May 18, 2013

Almira start ade tanda

 
WRITTEN BY YU KIN LEN
SUNDAY, 20 MAY 2012 08:01
Baru-baru ini, kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sarawak telah dilaporkan meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada jumlah 213 kes kepada jumlah 806 kes berbanding dengan tahun lepas. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus), sejenis virus yang biasanya terdapat dalam usus. Antaranya virus enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 31 orang kanak-kanak di Sarawak pada tahun 1997.
Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.
Risiko kanak-kanak untuk menjangkiti penyakit tersebut akan meningkat jika dia berada di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika di mana tempat tersebut biasanya sesak dan mempunyai kanak-kanak yang banyak. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pusat jagaan kanak-kanak atau tadika yang mempunyai dua atau lebih kes penyakit tangan, kaki dan mulut untuk ditutup.
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung penyakit. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.
Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namum begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.
Tanda dan gejala penyakit:
  1. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  2. Ulser di tekak dan mulut
  3. Deman
  4. Sakit kepala
  5. Hilang selera makan
  6. Kurang kencing
  7. Penat dan lemah
Tempoh pengeraman:
  1. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
  2. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat.
  3. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
Komplikasi
  1. Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
  2. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
  3. Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas.
  4. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Langkah-langkah pencegahan
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
  3. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  4. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  6. Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak-anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  1. Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  2. Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  3. Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Perawatan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya ialah menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Buat sementara ini, masih tiada vaksinasi untuk penyakit ini.

Rujukan: Info Sihat dan Utusan Malaysia


Thursday, May 16, 2013

Rahsia tau


Pepagi bila gerak je Almira
memacam ayat pujuk nak bagi die bangun dan x menagis
sampai la turn pagi tadi
dalam keadaan mengantuk lemah longlai bagai
die bagitau die x mo buat rutin beratur
BAGUS anak mama
so mama suggest kat die
nati mama bagi tau kat cikgu ye
so die pun jawab, OK



selesai mandi bagai
siap pakai baju bagai (sambil nagis x mo pakai uniform)
mintak susu bagai 
and ready to school






but...
bila mama park je kete n mintak die turun tuk masuk kelas
die terus bisik kat mama
"mama jangan bagitau cikgu tau"
dengan senyum simpul mama pun hantar die masuk kelas


esok ntah ape la plak alasan die
huhuhuhuhu

Pn MAMA@axie04

Wednesday, May 15, 2013

Hari prestasi


Hari prestasi Almira
mak bapaknyer yang mengeletar lebih
 11 mei 2013
lambat jugak kami pegi
sampai je cek nama
tengok x de nama
nasib la ade cikgu yang assist
bagi tau kata pelajar baru nama kat list lain
sabo je la
ni sume gara2 almira cuti hari jumaat tu la (10 mei 2013)
terus x tau ape flow
menarik
 dah daftar nama sume bagai
ambik buku2 yang digunakan masa pembelajaran
masa dok belek buku ni la Almira tunjuk skill die
lawak pun ade, memacam tulisan n lukisan ade
bukan la sume cam tu
ade jugak yang die buat betul
by the way
macam en papa cakap
klu nak expect anak buat betul sume baik kita yang buatkan
klu x salah cam ne die nak belajar

dan mama pun paham ape sebenarnya yang terjadi ngan buku2 tu sume
Almira ni jenis kurang tumpuan masa buat latihan (if cikgu x tumpu kat die memang kelaut la)

SO
the result is
prestasi almira average aje
tapi dari feb mac ke april mei 
ade peningkatan
subjek lemah
megenal huruf jawi
baca boleh, tapi x kenal plak
haiya
but
Alhamdullilah
paling x tahan komen cikgu 
"ALMIRA ni manja"
so mama jawab
"haah, n die memang manja."


END of STORY




Pn MAMA@axie04

Tuesday, May 14, 2013

PICTURE DAY


Teringat zaman skolah dedulu
bila kata picture day
makanya malam tu bersiap la bagai
ape nak pakai
nak senyum cam ne
n paling best
leh kumpul class picture 
SYOK oo
dan
skang dah turn si anak plak nak berpicture day
wahhh
rasa x sabar la plak
lelebih plak maknyer




agak2nyer
tah macam mane la rupanya nanti
dok terbayang
anak dara buat perangai tetiba dok buat peace bagai
haru dibuatnyer
hahahaha
x dapat nak bayang
HOROR
Pn MAMA@axie04

Thursday, May 9, 2013

Pasir putih tepi TASIK ajer


Monday 6 Mei 2013
tersengaja cuti
padahal dah balik dari kampung 5 Mei
tapi sesaje je malas nak keje
jadinyer
keluar rumah dari pagi
Pusing2 makan2
basuh2 kete
cek2 dokter kejap
LUNCH balik rumah
lepas ASAR kua balik
dengan tujuan dan niat nak bagi bebudak main pasir
 Jadinyer bermain pasir la si kakak
si adik kebetulan x berapa sihat
memang syok abis la si anak dara
siap bawak segala mak nenek lori 
baldi nyer siap ngan pencedok bagai 
 last main pasir nyer idak
berendam dalam air je lebih
dah tu nak balik SEKSA
jenuh bergaduh dulu baru balik
si adik dapat main kejap aje
tu pun cicah2 pasir je





klu nak main pasir memang boleh la datang sini
memandangkan putrajaya ni memang kawasan x berpasir
tapi klu nak mandi, x digalakkan
memang x cantik langsung airnyer

Pn MAMA@axie04

Wednesday, May 8, 2013

Persinggahan WAJIB


Dah jadi cam kewajiban 
tuk singgah ke gerai ni
paling tidak pun 2 ketul kene tapau
padahal seketul pun kene kongsi 2 orang baru abis
BESOOO
Sedap betul karipap ni
isi penuh
klu kate karipap daging
memang nampak la dagingnyer
klu kate karipap ayam
memang berketul2 ayamnyer
dapat plak makan tengah panas
MABELES


ni singgah jap masa nak balik mengundi minggu lepas
baru je bukak
memang tengah panas lagi
TERINGAT sudah (dah time minum petang)


Pn MAMA@axie04

Tuesday, May 7, 2013

Sand art


sume pakat sibuk update pasal mengundi
tapi saya x mo update dulu
tunggu mood mai jap
ni nak citer pasal minggu lepas

actually ni ni bukan sand art ek
panggil sand ape pun x sure la
tapi yang tabur2 pasir jadik lukisan tu
Almira excited
mama Almira lagi excited
dah 2 kali try kat tempat yang sama
next will try again
Almira dok buat ngan bantuan mama
pas ni nak suh die buat sendiri
on her own
leh tengok kreatif ke x anak dara mama ni
dan jugak leh tambah motor skill die kot
nak suh die tajamkan lagi motor2 yang ade
hahaha
sesambil tu mak nyer yang lelebih nak main




"PEACE"


Pn MAMA@axie04

Thursday, May 2, 2013

Kreativiti si manja


sejak dah mula bersekolah ni
banyak la buku tambahan yang cikgu2 dok syorkan suh beli
dan mama almira pun dengan terujanyer membeli la
tapi setakat ini
buku ni masih tersimpan kemas di dalam almari buku
WHY?
pasal aktiviti dalam ni melibatkan
1. gunting menggunting
2. lipat melipat
3. warna mewarni
4. lekat melekat
5. tampal menampal
memang la menambah motor skill anak2
TAPI
anak teman masih baru belajar menggunakan gunting
pegang gunting pun belum betul
lipat melipat bukan x boleh, BOLEH tapi suka ati die la nak lipat cam ne
mewarna pun pandai, tapi suka ati die  la nak wat cam ne pun
pendek kata cam rugi plak klu dibagi die guna buku ni skang
lagi pun buku ni sebenarnya disyorkan untuk 5 dan 6 tahun
klu stakat nak bagi ajar main gunting
baik bagi die kertas kaler2 die tu
nak bagi die blaja tampal menampal baik bagi die tampal buku kaler die

ape2 pun 
memang bnyak skill yang diperlukan utuk handle buku ni
tapi cam yang mama cakap tadi la
cam rugi if x sampai skill yang nak ditunjukkan


anyway bagus gak taska syorkan buku2 cam ni
makanya parent pun aware pasal buku2 yang leh meningkatkan skill anak2

Pn MAMA@axie04

Wednesday, May 1, 2013

wordless WEDNESDAY


Terjumpa print screen ni kat blog mane tah
dah lama simpan
TAPI
"PEACE NO WAR"

Pn MAMA@axie04

Hari Buruh / hari pekerja


Sopan skit kot bila cakap hari pekerja
bila dok sebut hari buruh, cam keje buruh kasar plak
ANYWAY, 
SELAMAT BERCUTI
YEYYYYYYY
Kemana nak berjalan ni
memandangkan en papa outstation 2 hari dan pulang ptg smalam
wajib la kene jalan2 hari ni
dengan tujuan
memujuk si anak2 yang merajuk ditinggalkan dek en papa
kene plan baik punyer
nak jalan bukan boleh sebarang jalan
pasal, comfirm la ramai umat manusia yang akan ber riadah keluar jugak
dan pasti jugak la, semua tempat penuh.
misi mencari tempat nak rehatkan minda tanpa bersesak ngan orang ramai




JOM ke main pasir pantai, MAU
boleh feeling2 baywatch

Pn MAMA@axie04
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...