Berita Terkini
kejadian pagi tadi
dah la dekat ngan rumah
dah tu lagi x percaya
x sangka plak kejadian tembak2 ni dah masuk putrajaya
SERAM ok
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.
“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini. SUMBER
p/s: Dengar citernyer la, seminggu lepas dah ade piket kat kastam, maybe HAL berkaitan la kot.
Pn MAMA@axie04
1 comment:
Moga penjenayah tersebut dapat ditangkap dengan segera.
Al-Fatihah buat arwah.
Post a Comment