Followers

Wednesday, May 30, 2012

3rd N3

boleh tahan la CUTI BERSALIN 90 hari ni
baru bercuti dalam masa seminggu dah start dah keboringannya
leh tahan la jugak kebosanan x de aktivitinya
so dengan nekadnya saya akan update blog,
berkisar tentang APE?
itu x tentu lagi, tapi insyaallah akan diusahakan jugak...
boleh la jugak nak mengurangkan kebosanan berpantang
huhuhu, sesambil tu leh la nak kongsi pengalaman berpantang
YO OOO je bunyi nyer...
pantang orang moden bukan same ngan pantang orang dedulu
dedulu sume pantang
skang, pantang tengok... on aje..

dedulu pantang, langsung x leh la nak kua umah
ko bergedup je la kat dalam umah tu
tapi skang, baru seminggu dah menjejakkan kaki......
walaupun bukan ke shopping complek, at least kene ke klinik
huhuhu......



Luahan perasaan orang yang asyik kene g klinik.
mengandung kene g check up
dah bersalain pun ade jugak check up nyer....
SABO je la

Masa Senggang

x sangka masih ada masa senggah setelah berbaby lagi ni,
sebelum ni mcam dah fikir dah, comfirm x de masa nyer nak berblog ke ape bagai
tapi  nampak gayanya ade gak la masa senggang
x la teruk seperti yang di bayangkan sebelum ni.
Alhamdullilah Iskandar, senang dijaga, 1st n 2nd day tu memang macam nak menagis la jugak
mane  nak tahan ngan pergerakan yang limited, ngan iskandar yang langsung x mo tido, ngan Almira yang x mo berenggang.
tapi dah seminggu ni, kesihatan pun dah pulih sikit, Iskandar pun dah selesa, x la berjaga malam sangat.
tapi yang masih x leh nak handle, si Almira yang langsung x berkompromi, Adik memang adik, tapi bila die cakap suh layan die, adik nagis cam ne pun die still cakap NO, mama x leh layan adik. JENUH
Since both side MOTHER n MIL ade kat sini, lagi la cam senang skit. bnyak sangat membantu.
merasa la orang kata, makan berlayan, cakap je nak ape.. sume dapat.. tapi sume limited tu makanan orang pantang la.
BUT, x sanggup rasanya x buat ape... x sanggup rasanya nak bagi die orng wat keje.
ye la, takat nak basuh baju baby 2 3 helai kat bilik air pun x leh JENUH tu.
rasanya cukup la kiranya dieorang ni masak n tolong guide cam ne nak jaga baby. yang lain2 tu klu boleh nak wat sendiri, since deduanya bukan sihat sngt.




time cuti panjang macam ni, even badan bukan sihat sngat
rasanya macam bnyak sangat benda yang nak dibuat.
klu boleh rasanya sume nak buat.
tapi tu la.... COMFIRM kene sound
masa pantang ni la, nak segar2kan badan.
masa ni la jugak nak betul2kan sendi2 bagai.
JADINYER.. dalam masa berpantang ni.... sabo je la.. ngan rumah selerak, ngan kain bertimbun, ngan segala2 yang x berkenan di hati..... TUNGGU LA sampai abis pantang
masa tu ko nak berkemas sepanjang hari pun lantak ko la.






4.38 pm: Almira n Iskandar ketiduran = SENGGANG

simptom kekuningan

juandice melanda la plak
jenuh gak nak melayan klu baby kene juandice ni
klu hati x keras mau maknyer yang melalak dok tengok anak kene cucuk
dah tu bukan senang jugak nak mengubatnyer
macam2 petua
mandi air daun kucai la
jemur la
air anggur la
tapi yang paling boleh percaya.... just breast feed.
ubat paling mujarab setakat ini
tapi nak kasi mujarab tu, kene la berkorban jugak siibu,
kene la rajin kejutkan anak bagi susu, even klu die tido,
then x leh la nak memikrkan mata yang keletihan ke ape bagai, yang penting every 2 hour kene la bangun susukan anak.... haaa, tengok........... besar tu pengorbanan ibu, macam tu la jugak zaman mak2 kita dedulu.
tapi tu la, zaman dedulu ntah ade ke idak macam2 penyakit mcam sekarang ni.


klu dari pandangan mata memang la x nampak pun kuningnyer
tapi bila cek darah baru la tau.
yang penting jagan ambik mudah ngan simptom ni
dengar2 cam bnyak gak kesan sampingannya klu x dirawat dengan betul.

Sunday, May 27, 2012

Welcome: Ammar Iskandar

hari ni 27 mei 2012
dah masuk 5 hari kami sefamily dapat member baru
dilahirkan tepat pada jam 12 dan minit ke 4 tengah malam 23 mei 2012

Alhamdullillah,
kami sekeluarga menyambut orang baru, dan hadiah awal untuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4
Baby boy was welcome to the family by c-sec for poor progress
cadngnya dan hasratnya memang la nak brsalin secara normal, tapi dah ditentukan tuhan kali ni pun bersalin secara pembedahan.

dan secara rasminya, on 26 mei Ammar Iskandar didaftar

ape2 pun, kepada sume, doakan kesejahteraan ahli baru kami dah keluarga kami
AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...