Followers

Thursday, June 30, 2011

Nak kongsi InFo neh

50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

1. BERTENTANG MATA. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6. GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11. SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13. BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14. BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15. SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16. BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17. MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18. JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19. MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. 
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21. ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22. BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24. BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25. IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26. BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27. RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28. CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29. BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31. GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32. JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33. KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35. TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
36. TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39. MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40. MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41. BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42. MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
 45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47. CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48. MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. 
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

 

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya)

Wednesday, June 29, 2011

Rabu dah ek

Rasa-rasanya
baru je smalam aku bercuti balik kampung
skang dah rabu
cepatnya masa berlalu
esok lusa dah JUMAAT lak
haish, DEMI MASA
sesungguhnya MANUSIA dalam kerugian

TEPAT DAN PADAT
 ni NAK BESARKAN si Almira pun
rasa cam sekejap je
baru je lagi rasanya DOK dalam PANTANG
skang dah siap leh belari berkejaran dah
dah nak dekat 2 tahun dah UMO
klu si anak dah 2 tahun
UMO mama ngan PAPA die lagi la
Haish, harus dirancang neh




banyak yang kita terlepas
DAN
saya suka ayat MAHATMA GANDHI ini
"Earth provides enough to satisfy every man's needs, but not every man's greed"

Hari RABU

JOM LEPAK
lepak berfaedah ye
jangan lepak KOSONG

Tuesday, June 28, 2011

kasut Oh Kasut

Ni kes x sesuai ngan UMO
baru setahun setengah dah pndai YE
Cantik bergaya
MAMA x pakai kasut ni
Almira jadikan HAKMILIK sendiri
 Dengan jayanya
die MENGGAYAkannya
siap boleh wat lompat bintang lagik
dan tanpa rasa GUSAR
die wat CATWALK sekeliling RUMAH
SELAMAT bercatwalk la ALMIRA ek
mama ko balik je RUMAH pengsan
tengok RUMAH cam TONGKANG pecah

Dah abis ganti ke?

Nak ganti POSE la
Kene abiskan jugak
TAPI tu la, PERUT ni mengada-ngada je
ASYIK lapo je
cam ne nak GANTI



kes lagi BEST
BAJU raya dah TEMPAH
skang ni,
BELUM lagi POSE
kuih raya dah siap oder
hampeh
Macam2 ada
pilih saja
nak pilih tu memang best
nanti bila dah dekat naka bayar sok
mula la rasa nak pengsan
siap leh lak wat-wat lupa
PADAHAL masa order x ingat
HAHAHAHA
ape yang penting, ABISKAN pose ganti dulu
klu tidak JANGAN raya
KUIH raya pun jagan MAKAN

nak JUGAK

Ade sesape x, birthday die dah nak dekat dah?
Birthday Almira lambat lagi
NOVEMBER
birthday mama ngan papa dah lepas n memang x sesuai ngan KONSEP
nak tau ke konsep ape?

isk2 anak JUTAWAN punya konsep neh
pastu kene la ade backyard yang luas
baru la jadik
klu takat BALKONI yang 2 kaki tu x payah la ek
hahaha
Memang meriah
Tu x tengok KEK die lagi
mau NAGIS la
Beso dari tuan PUNYA birthday
ni korang tau x BIRTHDAY sape?
ala, anak TORI SPELLING tu
STELLA nama die
x mampu den rasanya nak menempah KEK ni
Bukan ape, jenuh lak nak abiskan KEK tu
Mama ngan PAPA bukan jenis suka makan kek
nak harapkan ALMIRA, lagila

Monday, June 27, 2011

Mata OH Mata

Korang rasa ade x cara2 tertentu
nak dapatkan MATA yang cantik
n bersinar
Aku memang jeles betul ngan mata minah ni
korang jeles x?
aku memang sure jeles
memang gojes gile mata die
SUNGGUH, memang lawa

Nak bagi makan ape neh

Tengah PENING
memikirkan tentang MAKANAN


1. Makanan yang nak buka selera si ANAK DARA yang susah mau makan
2. Makanan tuk MAMA anak dara yang berat badan dah berlebihan
3. Makanan seimbang tuk PAPA yang dah kene RESDUNG 
4. Makanan tuk Onyang yang kurang selera makan 
5. Makanan tuk si IBU yang ade DIABETES




isk-isk
tu baru bab makan je tu
bab yang lain belum lagi tu
BAB kete ke?
BAB umah ke?
BAB Anak ke?
Isk bnyak nyer bab


Almira sangat susah nak makan
ntah nape x tau la
nak kate mama ngan papa die jenis x makan
adalah sangat tipu
tapi tu la
klu makan nasi siap leh kira la butir2 nasi tu
ISK PENING

Friday, June 24, 2011

Jumaat DENGAN Perkataan

Walaupun keadaan x terurus
dan air mata masih belum kering
Kerana KAMERA saya turutkan naluri untuk POSE
 
 

yey-yey KITA menang

Sape tengok smalam
kemenangan akhirnya berpihak kepada MALAYSIA
yang 2nd HALF main 10 orang
x kisah la orng nak cakap ape
janji menang
Tahniah MALAYSIA
melangkah setapak lebih jauh
SEMOGA BERJAYA, perjalanan masih JAUH

Thursday, June 23, 2011

Perumahan Rakyat

PETALING JAYA 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA). Perdana Menteri berkata, kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan PRIMA berkonsepkan perniagaan sosial. "Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh. Bayangkanlah... satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas.

Anak beliau, Nor Ashman, turut hadir dalam program selama satu jam itu yang dihos oleh Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui.

Program itu turut disiar secara langsung oleh stesen televisyen, ntv7. - Bernama



Harap-harap la projek ni jadi
Jadi tu memang jadi
Ntah tahun bila tu x tau la
klu la jadi, bnyak golongan yang berkelayakan dan memerlukan akan terbela
jgan bagi kroni sendiri dah la
yang lagi penting, klu dah namanya perumahan rakyat
HARGA tu patut2 la skit
ape tidaknyer
umah sekangkang kera, harga MAK DATOK,
SILA JAGAN AMBIL KESEMPATAN
Ikhlas 



p/s: bila nak merancang neh

ovarian cyst

 Amcam? korang tau x ape mendenye gambo kat atas tu
tu gambo OVARI
tapi not the perfect OVARI
yang ni ade cyst
that why x seimbang
yang sihat die seimbang
Disebabkan aku adalah salah sorang yang dah kene ovarian cyst ni aku just nak kongsi la skit ek
 

  1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
  2. Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
  3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
  4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
  5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
  6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.
  7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
  8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari. 
  9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
  10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
  11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
  12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
  13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
  14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.
  15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
  16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
  17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula  adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun
Jadinya korang jagan risau ye
bukan la maksud aku x risau langsung
bende ni klu dapat kesan awal 
lagi baik
leh g ospital wat scop je
2 minggu dah baik
tapi x sama klu kene FABROID tau
ni sebab liquid so ok la
so far aku dah kene 2 kali
pas dah LAHIRKAN almira n amalkan susu badan
x de lagi la ulangan cyst ni
ni pun nasihat dok untuk teruskan susu badan, bagi mengelakkan hormon terlebih


SEKIAN

Khamis tanpa KATA-KATA

Setenang renugan MATA BUNDAR mu
 Senyum, x perlu kata apa-apa

Wednesday, June 22, 2011

Bangun Pagi Gosok GIGI

Ape kes?
x main la GOSOK2 gigi

"Bangun pagi, pegi main
Main pasir, Tepi pantai
Syok Abis, Yey yey horey"
(sambil nyanyi2 ok)
Ini sume aktiviti Almira
 Bngun pagi je
terus g sapan
ye la
masa tu sapan kat hotel LIMIT smpai kul 10.30pg
klu lmbat alamat die x sapan la
dah la anak dara ni jenis MAMA nyer
tido BANGUN lambat

sambil dok sapan
sambil tu la die nak wat hal
hal ape?
hal ngamuk nak mandi kolam
SENGAL ke ape?
kolam tu belum dibuka tuk mandi lagi
die dah ngamuk nak mandi
nak x nak
MAMAnyer dengan kreatif
membawa ALMIRA main PASIR dulu
nak main AIR LAUT
mau demam DEK ketakutan
dapat can main pasir je la
Syok ooo
men pasir
tapi tu la
bukan leh lama
dok lama skit
die teringat balik KOLAM RENANG tu
dengan selambanya die pun jalan menonong je
nak balik ke pool
Ni bukti muka x mandi
hahahaha
bayangkan la
2 pagi berturut2 kena bawak sesiap baju renang die sblm g sapan
klu x maunyer ngamuk
pagi FIRST tu konon pujuk la naik bilik dulu
mau smpai bilik amik baju renang terus ajak turun
HAMPEH
nak x nak 
kene la g jugak
Memang la syok abis dapat mandi kolam renang
wajib mandi tau
klu x mau nyer ngamuk x ingat
 dan klu boleh nak mandi sendiri
tanpa mama pegang
x sedo yang awak tu x pandai berenang lagik
pelampung pun x tiub
tersadai je kat bilik
hish




HAISSHHH ALMIRA
(pasni jagan g Hotel yang ade pool dekat ngan area bilik)

Tuesday, June 21, 2011

Beginilah keadaannya

Minggu ni cadangnyer nak BALIK KAMPUNG
adalah perkara WAJIB tuk balik kampung sebulan sekali
HAHAHA
saya kan anak mak
(nasib mak saya ada bersama saya)
bukan ape?
saye kene balik melawat ONYANG Almira dan jugak NENEK Almira
WAJIB tau
Onyang Almira dah uzur, so saya sebagai cucu kene la rajin jenguk
tambahan pulak, nenek Almira dok sendirian kat KAMPUNG
lagi la kene rajin jenguk

Setiap kali nak balik
bnyak persediaan yang perlu dibuat
MAKLUMLA nak bawak budak kecik travel jauh ni 
SUSAH SKIT
banyak sangat PE'EL die

DAN
Ini lah yang terjadi
dah macam kat dalam BILIK kan?
padahal
DOK dalam kete je
CAM NE LA kete nak MUAT
orang nak tumpang pun x leh la
ni baru sorang 
KLU ANAK 3,4 cam ne la keadaannya
beli LORI la jawabnyer
Hahaha
Nasib la LABU

Almira KAKI shopping

Mane nak tumpah kuah KLU x ke nasi?
Almira adalah sangat suka..............
Masuk tempat shopping
nape?
bukan sebab die nak shopping
sebab, die rasa sangat bebas
dan die jugak leh main hide n seek ngan berjaya
  nasib MAMA die x kuat sangat SHOPPING
biase2 je
Klu tidak, serata shopping complex la die berkejaran
Klu dah berkejaran
bilanya nak shopping
huhu
 Ni kes die dok main kejar2 ngan PAPA die la ni
sambil2 tu die dok sibuk tolong MAMA die memilih barang
MACAM cadangan die bagi
MAKLUMLA mama die perlukan sangat pendapat ALMIRA
APE2 hal pun
bila PAPA snap PIC mestila wajib posing
walauape pun keadaannya
sibuk cam ne pun
Barangan yang di beli perlu di QA QC oleh Almira
Sekecik dan sebesar mana pun barang yang dibeli
perlu diserahkan kepada Almira
untuk mengelakkan TERIAKAN terkuat di dalam pasaraya

~SEKIAN~
(tragedi TERENGGANU)

Monday, June 20, 2011

Ape yang Penting? Kerjasama

Sejak dua menjak ni
Almira dah makin banyak tengok TV
bukan la slalu sangat
tapi yang nyata
die SUKA sangat ngan KATUN neh
 aku x sure la
kot ade anak2 yang x suka katun neh
bukan ape?
kebanyakkan anak2 memang suka katun neh
walaupun animasi die x bape nak smooth
tapi penyampaian dan warna2 menarik dan terang
memang sangat menarik perhatian anak2
lagi pulak ngan lagu2 yang ceria je
watak2 dalam katun ni jugak adalah binatang yang comel
dan kengkadang aku sendiri pun memang suka nak tengok katun nih
ALMIRA ape lagi, berganda2 suka die
Sampai terpegun je tengok TV klu ade citer WONDERPET neh
Sanggup die x kemana
masa kat GANU aritu
punya la die lasak nak punggah dalam bilik
TAPI bila time tengok wonderpet ni BEHAVE je anak mama
huhu
memang x sangka la
SETAKAT ni katun ni je la yang die minat sangat
KATUN lain memang x layan
tapi DISCOVERY CHANNEL memang layan abis
pasai ape? pasai dari kecik dok asuh tengok DISCOVERY je

Korang BACA la ni

SANGAT GERAM OK
sungguh aku memang geram
sambil dok BW kat blog LULU
 Bapak ngan anak BERSEKEDUDUKAN
memang la anak ngan bapak dok skali
tapi bukan smpai menghasilkan 3 lagi anak yang x tau ape tarafnya
ape kejadanya klu dah cam tu
tu bapak ape namanya
yang anak lak ape hal
dah x keruan sangat ke?
dah x cukup dah JANTAN kat luar sane
(klu dah x tahan sangat kawin je la)
ni dah macam ni
sape susah
sape MALU

ade hati nak wat rayuan KONON
dah kene tangkap baru ingat nak TOBAT
baru ingat ANAK BINI
masa buat x INGAT
dah keluar 3 HASIL baru nak ingat nak ajar, bagi pendidikan KONON
CUBA x kene tangkap
ntah2 10 keluar
ni dah kene tangkap
macam2 la alasan bagi


HIIISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
aku geram tul la
patut la bencana macam2 skang neh

Sunday, June 19, 2011

pandang2 jeling2

Sesungguhnya saya terjebak
kerana suami ku turutkan
hahahaha
Ni kes malam tadi
PAPA syok
ALMIRA lagi la syok dapat kawan
so MAMA redha je la
Gambo dari forum OK
Slalu tengok org je
skang aku lak terjebak sama 
Nak x nak layan je OK

Saturday, June 18, 2011

OMG = saya kagum

video
(video neh jumpa kat FB member)
Sungguh kagum
Almira yang dah 1 tahun 7 bulan pun lum pandai cakap
ni baru 2 tahun dah pndai bercerita
tekun sungguh mak die ajar die
hai la Almira
cepat cakap ye sayang
senang skit mama nak paham ape Almira nak
x yah la nak jenuh2 pikir



Almira skang hanya pandai cakap bahasa JEPUN dan KOREA
yang membawa makna
MAMA n PAPA die x paham
kecuali die tunjuk bende yang die nak
Susah gak nak train die
Menguji kesabaran si MAMA
hehehe

Friday, June 17, 2011

Suria Cherating Beach Resort

Pakej 4 hari 3 malam dok sini
(papa keje, kami joli)
jadi rumah penginapan sementara kami
masuk je bilik, terpegun jap
lukisan neh memang cantik
macam nak bagi tau kata tempat dieorang ni cam ni la
hahaha
memandai aku je

Almira lak dah macam x keruan je
mau x nyer
tempat baru
HARUS die explore
pandang je keluar tingkap
nampak bende neh
ACTUALLY
bilik kiteorng dekat ngan segala facilities
memang mudah tul la
Dan acara wajib adelah berpoya-poya di pantai
(ape kes bercuti klu takat dok lam bilik = mr hubby)
 resort ni memang ade pantai sendiri
so memang x susah n x kacau la
guard pun ade kat pantai neh
cuma yang x bestnyer
ALMIRA takut ombak laut
paling bnyak pun men pasir je la
x merasa la MAMA ko nak mandi laut
takat MANDI kola je la tetiap pagi
Sepanjang kat sini
cuaca Alhamdullilah memang redup dan tenang je
suka sangat lepak kat tepi laut neh
kat area tepi2 pantai ni bnyak la facilities yang ade
net bola tampar, Playground, Court netball
ade la lagi, bnyak gak la
overall memang best
tapi tenet sangat x best
tu sebab x leh nak update daily
MENYAPAH kan?




selain tu
rate tuk room memang berpatutan RM160/night 
then service housekeeping pun cepat la, on time
(maklum la, ade anak kecik ni kene selalu kemas)

p/s: g memane pun ade la kekurangan dan kelebihan, ape2 pun  best gak la. TUNGGU NEXT N3 ye

OK eH?

Amacam?
ok x?
  Kami berjaya jugak jumpa
HAHAHA
Leh bergaya ala2 perempuan melayu terakhir la pasni
tengah dok jenjalan
ternampak baju ni
try sarung n  memang ngam2
N
part paling lawak,
Almira terus lari pas dan sarung baju ni
padahal dah la x bayar lagi
orang kat kedai pun cam x de
punya la jenuh nak pujuk nak tanggalkan balik
(maybe die suka abis kat baju ni ataupun memang die syok main kejar2)
n last2 kami decide beli je la
lagi pun Almira memang x de baju kurung lagi
dan yang penting murah lak tu
kain baju raya tuk Almira pun memang x de ukuran lagi
jadinya
selesai sudah masalah BAJU RAYA Almira

Thursday, June 16, 2011

Suami OK, Isteri KO

Bacaan ini Untuk HIBURAN
jangan TERASA ok
Tengah dk sedap BW tadi
kat SINI
dan saya memang suka la ngan die punya N3
suka sangat
bukan pasal ape
ade betulnya ape yang die nyatakan

1. SUAMI BOLEH BALIK KERJA LAMBAT, ISTERI MESTI SHARP2 BALIK KUL 5
 
2. SUAMI LEH LEPAK DENGAN KAWAN-KAWAN, ISTERI MESTI LEPAK KAT UMAH SAMBIL TENGOK ANAK2.
 
3. SUAMI BOLEH BERSUKAN TIAP HUJUNG MINGGU, ISTERI BERSUKAN KAT DALAM RUMAH DENGAN ANAK-ANAK.
 
4. ANAK COMEL LEPAS MANDI SUAMI SUKA, ANAK BUANG AIR BESAR CEPAT2 PANGGIL ISTERI..BASUHHH
 
5. SUAMI BOLEH JELING AWEK CUN SAMPAI JULING, ISTERI KENE TUNDUK BILA NAMPAK LELAKI KACAK ATAU SEPARUH KACAK LALU (Walhal isteri x ada niat nak pandang pun)
 
6. SUAMI X BOLEH NAK TUNGGU LAMA BILA TEMAN ISTERI JUMPA KAWAN LAMA, TAPI ISTERI SANGGUP TUNGGU SAMPAI TERTIDO DALAM KERETA MASA SUAMI JUMPA KAWAN OFFICE LAMA...
 
7. SUAMI BOLEH CHAT DENGAN EX-GF, TAPI ISTERI DILARANG, WALAUPUN BUKAN DENGAN EX-BF

Klu nak ikutkan
bnyak lagi ni
SAPE NAK TAMBAH
sila komen
HEHEHEHEHE  

Isk Ombak neh

Almira takut OMBAK
sangat ngeri (bagi Almira yang first time tengok ombak)
maybe die rasa takut sebab :
1. bunyi Ombak yang kuat
2. Ombak tu datang dan pergi then datang balik
3. Almira geli nak berdiri atas pasir
4. Ombak tu kengkadang besar






sian Almira
Main pasir je
tu pun setelah ditenangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...