PETALING JAYA 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA). Perdana Menteri berkata, kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan PRIMA berkonsepkan perniagaan sosial. "Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh. Bayangkanlah... satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas.
Anak beliau, Nor Ashman, turut hadir dalam program selama satu jam itu yang dihos oleh Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui.
Program itu turut disiar secara langsung oleh stesen televisyen, ntv7. - Bernama
Harap-harap la projek ni jadi
Jadi tu memang jadi
Ntah tahun bila tu x tau la
klu la jadi, bnyak golongan yang berkelayakan dan memerlukan akan terbela
jgan bagi kroni sendiri dah la
yang lagi penting, klu dah namanya perumahan rakyat
HARGA tu patut2 la skit
ape tidaknyer
umah sekangkang kera, harga MAK DATOK,
SILA JAGAN AMBIL KESEMPATAN
Ikhlas
p/s: bila nak merancang neh
1 comment:
aku sokong skit skit
Post a Comment