Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera)
dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama
lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia
boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek.
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya
ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam
buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan
kegunaanya.Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada
gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah
glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah
prune dan aprikot. Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
antara khasiat kismis
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
_____________________________________________________
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang
baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,
sihir dan tidak diganggu setan”.2
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
1 comment:
memang bagus kita ikut sunnah.. kalau boleh, minum susu kambing drp lembu.. daging pun makan daging kambing drp lembu... :)
Post a Comment