Followers

Monday, March 28, 2011

masalah ke?

Korang ade masalah?
Klu cakap x masalah, tipu la
sume orang ade masalah
cam aku gak la
ade je masalah
tapi tu la...
nak wat cam ne?
ni info yang aku baca
aku kopi je
huhu
best gak kopi-kopi neh

TIADA manusia yang tidak mempunyai masalah.(i like this kind of statment) Hakikatnya, saban hari kita dibebankan dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah boleh menjadi kecil atau besar, ia bergantung kepada bagaimana anda melihat masalah tersebut dan anggapan anda terhadapnya.Pekerja yang dilengkapi dengan ilmu, kemahiran berkomunikasi dan berfikiran kreatif, lazimnya lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat kesukar. Kemahiran ini perlu ada pada setiap pekerja kerana ia dapat membantu meringankan tekanan sekali gus menggalakkan produktiviti.
Seseorang pekerja tidak mungkin dapat lari daripada masalah kerja dan pekerja-pekerja lain di sekeliling mereka.

Apakah perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah di tempat kerja?
- Berbalah pendapat dengan rakan sekerja (gomoi-gomoi + tarik rambut sume)
- Pekerja kerap ponteng kerja (bukan ponteng sangat pun, datang punch card, pastu ilang + suke2 nak wat ofc cam mak bapak punyer)
- Pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburuk-burukkan orang lain (x bwk mulut cam ne nak makan)
- Mempunyai pelanggan yang cerewet dan tidak pernah puas hati dengan perkhidmatan yang diberi
- Terpaksa memikul tugas orang lain (dah x datang keje, kene la cover, hampeh)
- Majikan yang terlalu cerewet dan tidak suka menerima pendapat pekerja
- Majikan yang tidak prihatin dengan masalah pekerja (cam ne nak prihatin, bos bz, x sempat nak tengok anak buah pun)
- Mempunyai bos yang suka ‘pilih bulu’(bulu ape? cam bulu roma tu ke?)
- Tidak ada semangat kerja berpasukan (cam ne nak ade, asyik nak harap kan partner je)
- Gangguan seksual daripada majikan atau rakan sekerja

Ape2 pun bagi aku
 kene la bahagikan masa yang betul
time keje
sila wat keje
time x keje
lantak ko la nak wat ape
ade aku kesah
bila time keje 
memang aku kesah
HAMPEH 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...