Followers

Friday, January 14, 2011

Air Panas Kedutkan Kulit

TAKUTTTTTTTTTTTT TAK?Bila tengok tajuk cam berapi je.. hahahahahaha.. tapi sebenarnya ni citer pasal tip cam ne nak bagi kulit canti n lawa bukan takat kulit je... lebih kepada penjagaan badan la......... ni sume amik kat tenet la ni... tapi dah bnyak dah cite2 ni dengar dari mulut orang2 tau... betul x? mesti korang pun ade dengar gak kan???? kan? kan? hahahahahahahahahahahaha

Mandi susu elok diamalkan untuk jaga kesihatan. Ada lima cara mudah untuk memastikan kulit nampak cantik berseri.
  
Tip Pertama
Pertama, elak daripada mandi air panas kerana air panas akan menyebabkan kulit kering dan cepat berkedut. Sebagai pilihan, gunakan ai suam. Usah gunakan sabun yang kasar, sebaliknya gunakan sabun yang dapat melembutkan kulit. Kulit pula harus dilap dengan lembut untuk mengelakan daripada sebarang alahan.

Tip Kedua
Penggunaan krim pelembap atau losen mampu melindungi kulit supaya ia lembap sepanjang hari manakala berpeluh dpat mengeluarkan toksin daripada badan, justeru itu lakukan senaman setiap hari.
Selain itu, jika memberus rambut boleh merangsang kulit kepada, perkara sama boleh dilakukan untuk tubuh. Memberus kulit membantu untuk meransang pengaliran darah serta menyingkirkan kotoran daripada lapisan dalaman kulit. Berus kulit yang kering dengan lembut bermula dari tapak kaki menghala ke bahagian atas badan sebelum memberus bahagian tangan dan belakang. Elakkan tempat sensitif dan usah sesekali memberus bahagian muka. 
Mandi susu juga elok diamalkan kerana ia membantu melembut dan menghidratkan kulit. Caranya mudah saja iaitu campur beberapa sudu besar serbuk susu ke dalam semangkuk besar air suam dan tambahkannya dalam air mandian. 
Selain itu tambahkan segelas susu terus ke dalam air mandian. Untuk lebih lembut, tambah sesudu madu yang membantu untuk melembab serta bertindak sebagai antiseptik sederhana. 
Untuk membuang sel kulit mati, rajinkan diri menyental tubuh dengan memilih bahan yang mengandungi bahan pelembap supaya kulit tidak kering.

Tip Ketiga
Untuk mereka yang mahu mengempiskan perut, antara caranya adalah elak daripada makan nasi bersulamkam air. Sebaliknya, minum air selepas makan. Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula elok diminum setiap hari. Sebaiknya, biarkan teh yang diminum itu panas suam untuk mendapatkan kesan yang baik dalam usaha mengempiskan perut.

Tip Keempat
Untuk menghindari rambut gugur,masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih,kemudian tapis. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seeloknya amalkan dua minggu sekali. Selain itu, tumbik sedikit arang hingga lumat, kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan di seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali. Air asam jawa dan santan juga boleh digunakan yang dicampur dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran itu dan rambut berbau harum tanpa di syampu.

Tip Kelima
Bagi menghilangkan lebam mata, ambil uncang teh yang sudah digunakan. Lekapkan pada mata dan biar semalaman. Lakukan tiga kali seminggu ketika hendak tidur. Bahagian lebam mata juga boleh disapu perahan limau nipis yang boleh dilakukan beberapa kali.
Untuk menyegarkan mata, ambil hirisan timun dan lekap pada kelopak mata. Mata kembali segar selepas itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...