Followers

Wednesday, October 27, 2010

kisah kasih Suami dan Isteri

Cerita ni ade org forward kat mail aku.... sedih gak la masa first baca, so saje la nak kongsi ngan korang2 sume... hehehehehehehe
Dalam satu kisah percintaan yang menarik, Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:
 
Isteri :    Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai 
            sayang.
Isteri :  Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan 
            saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan 
            Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.. Kawan-kawan 
           saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
           mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
 
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

Suami: Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
           mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di 
           situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan   cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'

Friday, October 22, 2010

Ape2 je la ek

  1. Pada usia tua, wanita mengalami percambahan rambut, manakala pada usia yg sama lelaki mengalami masalah kebotakan. Masalah ini berlaku disebabkan produksi berlebihan dari horman androgen.
  2. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya sejak dari usia 4 bulan ketika dalam kandungan lagi. Manakala lelaki akan terus menghasilkan sperma sehinggalah usianya meningkat tua.
  3. Lelaki tidak suka pakaian mereka kotor walaupun ianya hanyalah setompok kekotoran.
  4. Lelaki sering memikirkan tentang gadis yg meminati mereka, tetapi tidak bererti mereka meminati gadis berkenaan.
  5. Fantasi kaum lelaki tiada hadnya.
  6. Tinggi pasangan mereka adalah tidak penting bagi lelaki, tetapi berat badan yg menjadi ukuran utama.
  7. Rupa paras tidak penting, lelaki tidak memilih rupa paras dlm mencari teman wanita, tetapi kekemasan serta pandai membawa diri menjadi ukuran utama dlm mencari pasangan.
  8. Lelaki jarang membuat keputusan muktamad.
  9. Lelaki sering kali mencari permainan serta barangan yg mungkin menarik minat kaum wanita, tetapi malangnya mereka sering kali tersalah dlm memilih barangan yg diidamkan.
  10. Hasil kajian saintis di hospital Universiti Yunani, Athens menyatakan utk mengurangkan kesan rokok dlm pembuluh darah, kamu boleh meneguk segelas anggur merah
  11. Pakar gigi dari Tyne's School Of Dental Sciences menyarankan agar jangan menggosok gigi terlalu lama kerana ia boleh membawa mudarat kepada kesihatan mulut. Ini kerana tabiat begini boleh menyebabkan kerosakan gigi dan gusi yg kekal selain ianya mampu memindahkan bakteria
  12. Elakkan memusingkan stereng kereta tanpa keperluan kerana setiap kali kamu lakukannya, ia akan menyebabkan penggunaan petrol
  13. Lelaki yg menjadikan minuman beralkohol sebagai rutin berpotensi mendapat kanser usus 2 kali ganda lebih byk daripada orang yg langsung tidak mengambil alkohol.
  14. Motor Harley Davidson yg pertama dicipta adalah pada tahun 1903. Ianya menggunakan tin tomato sebagai karburetor.
  15. Perakam video pertama dibuat pada tahun 1956 yg bersaiz sebesar piano
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...