Followers

Sunday, June 30, 2013

In house play tent

Dah lama membeli
Selalunya guna dalam keadaan paling desperate
Contohnya macam mlm tadi
Adik ngan kakak begaduh n menagis
Makanya solution paling senang
Bukak stor cari ape patut
Jumpa balik tent ni
Bukak n capai plak bola yang ade
Bukak
Then
Ini lah yang terjadi
Si kakak plak siap request nak susu n bantal
Nak tido katanya
Maklum la merajuk kene marah ngan en papa
Tapi akhirnya
X tido pon
bertambah keselerakan rumah adelah
Tapi janji diam sudah
Semak samun belakang kira

Saturday, June 29, 2013

Lukisan

Dipendekkan cerita
masa pegi hari prestasi cendekiawan
cikgu Almira bagi tau 
dari segi penulisan dan gaya menulis
Almira masih lagi lemah
maklum la, pegang pensel pun gaya nak gaduh ngan orang
tapi lepas cikgu pesan kat mama suh die bnyakkan berlatih menulis
(coz Almira school 1/2 hari petang x ikut aktiviti petang)
dan akhirnya dapat la jugak tengok peningkatan dari segi penulisan
ABC pun dah boleh la sesikit tulis
lukisan pun dah boleh tahan la
contohnya lukis gambar orang
siap ade mummy, daddy, adik, n baby
then cofirm die datang kat mama
terus cakap 
"this is present for you"


walaupun x sempurna
tapi mama rasa peningkatan die tu nampak la
yang paling best mata mulut telinga sume complete
bila tanya nose mana, terus die lukis 2 dot
mama pun tanya lagi
nose ade dua ke?
die jawab haah ni, boleh korek cam ni..... (siap praktikal)
mama pun : ALMIRAAAAAAA (geram)






My phone new accessories

Agak2 dah ade anak ni
Mamanyer redho je memanjang
Sayang la cam ne pun
If namanya anak ikut kan aje la
punya la cantik clear je casing tu
Tetiba, balik sekolah tadi, dapat la plak buku kaler + sticker
Memula tu tnya jugak mane separuh sticker?
Si kakak ngan bangganya kata dah lekat kat school
(argggghh sudah, dibuatnyer school macam kat rumah pulak)
Naya betul la
Dan dalam mama dok tengah drive die lekatkan hello kitty tu pada phone
Nak marah pun dah x sempat
REDHOOOO
Makanya nak bagi kiut miut sikit
Mamanya tambah la skit butterfly
Dan terhasil la kerja seni yang kengkonon kiut
REDHO lagik

Friday, June 28, 2013

Rehat yang cukup

balik je dari sekolah
Joint adik punggah mainan, tambahkan selerak rumah
Dedulu mamanyer mengamuk bila tengok cam ni
Tapi skang, mamanyer redho je la
Petang kang je la kemas
selalunyer mama pesan selagi boleh
NO tido klu hari minggu
Pasal mama n papa nak keje so x de der nak teman die orang main sampai tengah malam
N jugak susah nak gerak si kakak bangun pagi utk ke sekolah
TAPI
Disebabkan Esok cuti minggu maka
Mama redho kan jugak bila si kakak mintak nak tido
Lagi pun lega sikit opah nak jaga si adik
Maka selamat sudah si kakak tido

Merah menyala

Sukan sekolah
pertama kali Almira bakal bersukan
ntah macam mana la jadinyer nanti
seram sejuk plak mamanyer memikir
tapi tu la
bila lagi nak di asuh bergaul
bila lagi nak bagi die berdikari
inysaallah klu tiada aral melintang
lepas raya katanya
jadinyer
mama booking baju sukan Almira saiz S
tambah mood die bersukan skit
moga2 semuanya berjalan dengan lancar


p/s: Almira dapat cikgu baru lagi, setahun bape kali nak tukar cikgu daaaa

Thursday, June 27, 2013

Baju T.I doble G ER

Setelah sekian lama menyepi
bukan x de bende nak update
but kekangan masa tahap melampau

so...
kita mulakan dengan BISMILLAH
citer dulu pasal baju comel ini



baju hadiah dari mamazakwanayli
sesaje katanya
so 
disebabkan adik x penah lagi sarung baju ni
makanya, masa nak ajak dieorg g shopping barang umah
mamanyer kenekan baju ni kat bebudah ni'
punya la x sabar nak pakai sedondon
mudah je mandi
siapkan pun senang
cuma mama nyer lupe nak sikatkan rambut masa nak amik pic ni
sabo je la
mamanyer pun x sabo lebih
suh buat gaya cium adik
dapat hasil cam ni
redho je adik kakak tarik muka nak cium
kakak syok dapat pakai baju sama ngan adik
tapi adik plak pikir bila la nak kua shopping ni
x sabo jugak
makanya sudah selamat dirasmikan oleh budak berdua

Saturday, June 8, 2013

Artwork

Artwork paling cantik dirumah kami, direka khas oleh Almira. X cukup dengan pensel, pen dan color pencil. Skang siap ade tambahan pakai sticker plak. Pening sudah, x tau nak guna kaedah mana, biarkan aje atau nak marah. Bila ditanya sape buat dengan bangganya die mengaku, bila ditanya kenapa? Die selamba je jawab nak buat surprise. Dan misi berjaya, surprise hampir pengsan tengok dinding.
Dinding bilik paling horror mau tengah malam terjaga, terkejut beruk den nanti. Hai la anak.

Friday, June 7, 2013

Peranan MAK PAK


Sesungguhnya
saya percaya
apa yang diamalkan dirumah lebih mempengaruhi 
sikap dan emosi anak2
Oleh yang demikian
pembelajaran disekolah adalah tambahan kepada apa yang diamalkan di sekolah 
bagi meningkatkan daya saing anak2 dan memperluaskan
skop pemikiran anak2






Isnin ni dah start skolah semula
bermula semula rutin2 mak2 yang dok antar anak2 skolah


Pn MAMA@axie04

Thursday, June 6, 2013

T.I double G er

Comel sangat, hadiah sesaja katanya, dah tu 2 pasang yang sedondon lagik. Sangat la kiut miut
Thank mamazakwanaily, di atas hadiah comel itew. Almira suka habis siap request nak pakai hari dapat tu jugak, sabo je la.

Sblm ni dok tengok zakwan n naily je sedondon, skang boleh la almira n iskandar lak sedondon.

Kursus pulak

Start 20 mei sampai la ke hari ini, masih lagi mcm mode bercuti, keje x sentuh lagi. 20- 30 mei cuti, 31 mei keje mcm x keje coz org lain sibuk bersukan, 3 Jun kursus kat EP, then 4 Jun ganti duty kaunter plak, smalam exam BITK, hari ini kursus pulak. Bila la nak start buat keje yang bertimbun itu. Meleleh air mata sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...