Followers

Monday, December 31, 2012

Last Day EH

hari ni last day untuk tahun 2012
tepat pukul 12.01 mlm ni dah tahun 2013
dan jugak my sayangbucukenpapa
menyambut hari jadi yang ke.......
didoakan moga tahun baru ni
ade semangat baru
dan jugak 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU (in advance)
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan hati
AMIN
gambo zaman bila la mama guna neh
we LOVE u so much

Friday, December 28, 2012

Sekut meri

Biskut sempena KRISMAS






Tengok je la
Belek je lebih
Pasal baru jumpa
hasilnyer setoet je ko makan
Mmg mendatangkan marah betul la
Ape la jenis makanan yang masuk ngan tekak ko ni
JENUH
 

Friday lunch project

Dora the explorer wannabe
Maka terhasil la
rambut Almira dipotong pendek
Maklumla, nak g school
Rambut Kene kemas
Dn paling takut, terjangkit plak cik kutu
Ooooouuuuccchhhh mau nangis mak ko
Ape yang lagi penting
X payah gaduh nak bersikat rambut
SELAMAT sore mak ko

40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
  22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, December 27, 2012

Kreatif


agak2 bape lame dieorg dok wat bende neh?
kreatif OK

Wednesday, December 26, 2012

Shinzo Abe:Bekas PM Jepun Menang Pemilihan Parti


TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memenangi pilihan raya parti pada Rabu, sekaligus menjadikan beliau pemimpin kumpulan pembangkang di negara itu.
Kemenangan itu juga bakal membolehkan beliau bertanding sebagai Perdana Menteri Jepun dalam pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan tahun ini.
Abe menewaskan Shigeru Ishiba bagi meneruskan kepimpinannya dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) negara itu.
Dalam ucapan selepas kemenangannya, Abe berikrar untuk bekerjasama dengan penggubal undang-undang dan berhasrat menempatkan kembali LDP ke dalam kerajaan.
"Bukan sahaja untuk diri kita, bukan sahaja untuk LDP tetapi bagi tujuan membina Jepun agar lebih kuat, makmur, dan menjadikan rakyat bangga menjadi rakyat negara ini," katanya. AFP

King karipap

Mau ka?
ade brani mau makan
lebih besar dari muka adik
 makan 1 pun leh kenyang sampai esok pagi
Opah makan kene bahagi smpai 3 part
hahahaha
beso beno
 muka adik digunakan sebagai ukuran kebesaran karipap
redho je la dik ek

karipap gergasi ni jual kat area Tanjung Karang
Gerai die kecik je
tapi serius ramai gak la yang singgah membeli
sedap pun leh tahan la



pssttt: balik kpg nati nak beli lagi, mabeles rasa die, walaupun besar gedabak cam tu, kualiti dan rasa die kalah karipap yang kecik2.

Monday, December 24, 2012

Bila x berteman

Gini la gayanya
Bila dh penat main
Dan x cukup tido
kakak dh selamat belayar
Next adik plak

ewah ewah 2nd version

ewah ewah
tengok
cam ne x ewah 2nd version
dah bapaknyer yang dok main
sabo je la
pelik adik tengok
kakak plak ambik peluang mau lanyak itu papa
nasib la
sape suh sibuk masuk kolam ball die
aksi seronok dapat mengerjakan si papa

Sunday, December 23, 2012

Ewah ewah

Layan lebih nampak
Kemain die ek
Beli tuk anak ke beli tuk bapak

Saturday, December 22, 2012

Termenung

Adik tengah menung
Baik punya menung
sian adik
Dah masuk hari ke enam demam on off
But nasib result darah ok je
Doc ckp, cuma demam virus biasa
Maklum la, mamanyer cuak Anak member Kene warded
cepat sihat ye AMMAR ISKANDAR

Thursday, December 20, 2012

Kardashians' Christmas Cards Over the Years

agak2nyer cam kita wat kad raya la kot neh
x pun cam gambar raya
hahahahaha


2007

2008
 2009
 2010
 2011
 2012

pssttt: jom buat family PIC

Wednesday, December 19, 2012

wordless wednesday : Ammar iskandar

Nak ke mana tu
nak g cari susu kakak 
dedua pun....

Monday, December 17, 2012

Adik SORRY

Tidakkkkkkk
mama saya dera saya
TAPI
saya suka
walaupun pada awalnya saya teragak-agak
 kakak la yang memulakan segalanya
jadinyer kami berdua
mandi bola dengan hati berbunga-bunga
bersama-sama



p/s: adik ceria je, pasal baru pas bangun tido, walaupun dalam keadaan yang teramat bising

Angkara papa

Anak dara terjebak

dok sibuk main game bola
yang dok paham tu
leh lak die layan mende alah tu
mak ko pun x pandai nak main
ko plak yang beriya
ewah2 la makcik sorang ni
cam kene je gayanya




TAPI 
memang bergaduh pun ngan papanyer
berebut nak main
last2 papa la kene mengalah
dah nak cam ne
anaknyer mengalakan pandai beno main

Sunday, December 16, 2012

Kusyuk

Mainan kakak yg diturunkan ke adik

Syok je tngok die main
Tapi sebijik mcm kakak
Cepat jemu
Sekejap je teruja
5 min pas tu, x mo main dah
Nampak gayanya bertimbun lagi la mainan kat rumah ni
Kakak punya dh 3 empat bag bwk blk kpg
PENING

Saturday, December 15, 2012

We are here again

Reka zone IOI mall
Menjawap soalan cepu emas si Almira
Nak x nak diikutkan je la
Anak sorang boleh la
Klu anak 5 mau nangis jugak la
Mau x nyer
20 hengget sekali masuk
Dan nasib Kali ni dh prepare bwk stoking
Klu idak Kene beli lg
Haiya
Dan Kali ni jugak
Adik Kene angkut skali
TAPI
Adik tido
Ni sedang memangku adik yg tido
Sambil menaip entry : gigih beno
Si kakak dah ilang dlm mainan Dan kesesakan ramai budak
Ye la dah namanya Hujung minggu
Mama pun menyibuk jugak






P/s: tenet tengh x bape nk best, guna modem bb je.

Kolam presint 2

Mandi manda tanpa rasa nak balik
Sbb syok sngt,
Tenang tanpa gangguan
kawasan luas
Suasana santai
Siap ade pagar lagi
Kolam pun x la dlm sngt
So selamat tuk bebudak
Ade la extra water gun n jongkang jongkit
Selain itu jugak
Adik pun leh mandi
Pasal air die x la sejuk sngt
Klu panas pun ade tempat redup nk mandi
Pot nk lepak2 pun ade gak














Lepak Gaya santai sambil mandi Kolam
BEST







Pstttt: dpt tau Pasal Kolam ni pun dr amrafahan n mama kembar 3, thank for the info

Wednesday, December 12, 2012

Here we go round the mulberry bush

penah dengar x lagu 
Here we go round the mulberry bush,
actually ade macam version lagu ni
tapi standard la
lagu kanak-kanak comfirm parent tau nyer


tapi bukan nak citer pasal lagu tu
nak citer, sape penah tengok mulberry ni
aku pun x tau sebenarnye wujud ke x mulberry tu



dan rupa2nya
wujud bende alah neh
dan pertama kalinyer aku tau bende ni wujud dari SINI
sungguh x sangka
klu x dikongsi dek blogger  TERSEBUT
comfirm smpai bebila x perasan pun kewujudan buah neh

NISSAN Almera

My En HUBBY
tetiba mengidam nakkan nissan ALMERA
Puan MAMA yang dengar ni, terus rasa cam nak 
menitik ayo mata
nak kata seronok pun idak jugak
nak kata sedih pun idak jugak


mane taknyer
kete skang ni baru je cecah umor 2 tahun
dah tu bak kata org, interest pun x abis bayo lagi
lagi 1
klu nak pakai sedan ni bukan x boleh
tapi, cukup ke space ngan barang2 kami yang cam nak pindah rumah bila nak blk kpg

(dalam hati =teringin jugak nak pakai sedan)




TAPI
en hubby kate, cantik je nampak, especially yg tune by INPUL
klu tengok dlm ni pun mmg menarik
the real life pun memang segak jugak la



pssttt: nak beli kete ke? x payah la kot, yang dah ade skang pun cukup dah. bersyukur dengan ape yang ade
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...