JOHOR BAHRU: Ada di kalangan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini, yang mendakwa didera ketika mengikuti kem motivasi pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Latihan Penjara Kluang, dikatakan pernah ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam bilik air sekolah ketika sesi pembelajaran. Sumber Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sebahagian besar juga dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan. “Pada masa sama, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.
“Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan,” katanya di sini, semalam. Pada masa sama, katanya, dia tidak menyalahkan guru kerana ada dalam beberapa kes, ibu bapa menyerang pengurusan sekolah mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya. Apabila ini berlaku, guru bertugas yang diserang dipercayai serik untuk berusaha membaiki kelemahan pelajar terbabit dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati kerana ibu bapa sendiri tidak marah apabila diberitahu anak menghisap rokok atau sering ponteng. “Sukar menjelaskan perkara ini, tetapi kejahilan ibu bapa menyebabkan anak mereka tidak mematuhi peraturan sekolah, tidak menghormati orang tua dan pada masa sama, guru dilihat membiarkan pelajar melakukan apa saja sesuka hati,” katanya. Sementara itu, bekas pelajar sekolah dikenali sebagai Man, 19, berkata, ramai beranggapan sekolah itu elit kerana lokasinya selain kejayaan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Baru Uda mencipta nama setiap tahun. “Bagaimanapun, keadaan sekolah itu adalah sebaliknya kerana menempatkan pelajar bermasalah, malah . “Memburukkan keadaan, pengurusan sekolah sukar mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya. Pada masa sama, Man berkata, kursus motivasi berkenaan dipilih khas bagi golongan pelajar yang degil dan sentiasa melakukan kesalahan di sekolah.
klu zaman aku sekolah dedulu
mane ade anak murid yang sesuka hati nak lawan CIKGU
klu abis berani pun NGUMPAT ket belakang je
nak SERGAH jagan sekali la
klu kene denda pun DOK DIAM je
terima je seadanya
Budak sekarang lain lak macamnyer
siap mak bapak SOKONG pulak
yang pelik tu, mak bapak die x kan x tau perangai anak cam ne
takkan anak sendiri pun ko x kenal
nampak sangat la ko x ambik kisah
zaman aku dulu,
mak bapak slalunyer akan serahkan anak die kat cikgu dengan rela hati
supaya CIKGU2 ni dapat bentuk anak murid ni
asalkan jagan smpai patah riuk sudah
tapi skang, silap sikit, CIKGU pasti akan dapat habuan
ape la, dah la CIKGU tu nak mendidik anak KO
RESPEK la skit kat CIKGU2 ni
lain la klu CIKGU tu dengan jelas nak BUNUH anak ko
HAIS.. mode bengang
serius bengang TAHAP gaban
No comments:
Post a Comment