Followers

Tuesday, March 22, 2011

koyak-koyak baju

dalam dok sambil2 blogwalking...
sambil dok baca online paper
terbaca la pasal ni ha..
korang baca la ek
geli hati den membaca nyer
sabo je la

 
MUMBAI: Superstar industri filem India, Shah Rukh Khan yang disifatkan sebagai Raja Bollywood mahu peminat menjerit, melaungkan nama mahupun mengoyak bajunya kerana menganggap beliau milik masyarakat.
Pada masa sama, beliau juga menyifatkan dirinya berada dalam ‘kelas buruh’ kerana tidak henti-henti bekerja hingga ada kalanya mempengaruhi ‘mood’ keluarga. 
“Saya ingin pertahankan gaya hidup aktif. Saya suka bekerja sepanjang hari dan apabila ia dibuang dari saya, ia menjejaskan saya secara mental.  
“Saya ingin pertahankan gaya hidup aktif. Saya suka bekerja sepanjang hari dan apabila ia dibuang dari saya, ia menjejaskan saya secara mental.
“Ia memang menjejaskan keluarga saya kerana akibatnya semua orang di dalam rumah juga menjadi sedih,” kata Shah Rukh yang sudah dua dekad berlakon.
Pelakon terbabit juga mendedahkan bahawa beliau mahu wanita dan remaja sentiasa menjerit nama serta mengoyak bajunya.
Katanya, dia gembira untuk berkongsi kehidupan dengan peminatnya kerana beliau sudah bekerja keras untuk mencapai apa yang dikecapinya hari ini.
“Sepanjang hidup saya bekerja, jadi saya perlu untuk menghargainya. Saya mahu beribu orang menjerit memanggil nama saya. Saya mahu wanita dan remaja mengoyak baju saya.
“Saya bekerja keras untuk mencapai semua ini dan kini saya rasa bodoh apabila melihat seorang bintang menyembunyikan wajah mereka.
“Saya tidak kisah diganggu dan berhadapan dengan masalah selama mana mungkin. Saya mahu diingati sebagai mencuba dan mencuba bersungguh-sungguh,” katanya.
Mengulas mengenai Bollywood, aktor itu berpendapat industri filem India lemah dari segi penulisan lakon layar, teknologi dan ilmu setiap yang terbabit dalam industri berkenaan.
“Kelemahan pertama filem Hindu ialah penulisan lakon layar. Kami perlu faham format dan mengikut teknik penulisan lakon layar seperti mereka (Hollywood).
“Filem kita akan lebih cepat menjadi sesuatu yang global jika pengeluar filem di sini sedar bahawa penulisan itu bukannya satu seni tetapi sesuatu yang saintifik,” katanya. – Agensi 

abis seksi la konon tu..
hahahahahahaha
cuba la aktiviti lain
selain dari koyak baju.
konon betul la mamat ni 

1 comment:

ftdanisha said...

sy tag kamu..kalu nak joint amat dialukan...tqvm

http://shares-something.blogspot.com/2011/03/ga-izdiharshoppe.html

jgn lupe refferal say ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...