Followers

Monday, April 22, 2013

Berbuble di hujung minggu


sesaje nak menghiburkan hati anak2
dari memerap kat rumah je
baik keluar bermain
terbukak sikit minda
KONON nyer la

Singgah sebentar setelah perjalanan yang jauh
dah macam buat pusingan 360 darjah sahaja
ni kita pit stop yang terakhir la


saje je suggest kat en papa ajak si anak dara main buble 
memang syok abis la die
sewa ok bende ni
jangan dok bawak balik plak
pasai ape
en papa nyaris nak bawak balik
gelak kat kami jap
en papa sewa yang beginner sahaja
which seringgit 1 dan air die pun seringgit jugak
main punya main
 
memasing nak tunjuk skill
sampai masa anak dara nak tunjuk skill jugak
yang akhirnya membawa kepada 
MERAJUK berpanjangan
terpaksa plak mama yang ambil alih
ajak plak main pasir warna warni tu
yang ni mak nyer yang excited lebih
NATI kita main lagi k
moralnyer
nak bawak anak2 bergumbira kene spare poket lebih skit
pasal kita x jangka ape akan jadi


JADINYER
papa kene pau
KITE sebijik
sepuluh hengget
sebelum nak balik
kene plak buat lagi satu pit stop
nak terbangkan layang2
nak suh mama
x payah le, x de pengalaman langsung main lelayang
en papa la yang dok melayan
mengimbau nostagia katanya


p/s: seronok jugak menyinggah kat tempat ni (santai selebriti). tapi lagi best klu x de muzik yang terlalu kuat itew.

Pn MAMA@axie04

Saturday, April 20, 2013

KOLEKSI SOALAN KPSL 2010 DAN 2011 BAHAGIAN 1

Ini Untuk bahan Rujukan dan tambahan tuk yang nak study exam tahun ni ek

Dalam satu booklet ade 8 soalan, so kene jawab 5 soalan saja, sikit kan? x banyak pun. abis2 pun lenguh2 je masa nak mengarang jawapan.(jawapan esei ok) rasakan je la. huhuhu, ape2 pun saje je nak share koleksi soalan 2010 dan 2011 pasal if soalan tu 2012 comfirm la die takkan ulang balik in 2013 punya exam. dan saya just pick random question je la ek. x larat den nak menaip sebijik sejibun.
soalan 2 tahun 2010 Bahagian 1
Seorang pengurus sumber manusia mempunyai tanggungjawab menguruskan perkara-perkara spt penanggungan kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat. Berdasarkan kepada peraturan sedia ada, jelaskan perkara-perkara berikut: 
a) maksud "pemagkuan".
b) syarat-syarat pembayaran elaun penanggungan kerja.
c) aspek-aspek yang diambil kira oleh lembaga kenaikan pangkat sama menimbang urusan kenaikan          pangkat.

soalan 4 tahun 2010 Bahagian 1
a) 1.Puan felina, seorang jururawat di klinik kesihatan seri kembangan, selangor telah tepilih sebagai jurulatih  bola jaring bagi persediaan pasukan selangor mengahadapi sukan malaysia (sukma) akan datang. untuk tujuan latihan di luar negeri selangor, beliau terpaksa bercuti.
Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.
   2. doktor mikhael, seorang ahli persatuan pergigian malaysia (mda) ingin mengadiri mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan? nyatakan kadan dan syarat-syaratnya.

b) 1.Apakah syarat perlantikan seorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam?
    2. nyatakan tarikh perlantikan tetap bagi seseorang pegawai sementara.

soalan 5 tahun 2010 Bahagian 1
Jabatan kerja raya telah membuat perolehan peralatan pejabat pada 20 disember 2008. peralatan pejabat tersebut telah diterima oleh pihak jabatan pada 5 jan 2009. tempoh akaun kena bayar bagi tahun 2008 adalah sehingga 15 jan 2009 dan pihak pembekal hanya membuat tuntutan pembayaran pada 20 januari 2009.
a) dalam kes ini kenal pasti isu yang berbangkit.
b) jelaskan bagaimanakah pembayaran boleh dilakukan dan apakah syarat yang membolehkan pembayaran dibuat?
c) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

soalan 7 tahun 2011 Bahagian 1
Encik robert sedang menguruskan penyimpanan barang-barang stor yang dipindahkan dari bangunan stor lama yang akan dirobohkan kepada bangunan stor yang baru. Jelaskan
a) perancangan susun atur ruang stor yang perlu diambilkira oleh en robert bagi memastikan penggunaan ruang stor yang optimum.
b) Tata cara merekod stok bagi stor utama

soalan 1 tahun 2011 Bahagian 1
En chin seorang penolong pegawai tadbir n27 yang telah berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun, telah dipinjamkan ke dewan bandaraya kuala lumpur selama dua tahun. semasa berkhidmat di DBKL, beliau telah dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh ketua perkhidmatanya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan ketua perkhidmatan en chin yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul? beri alasan anda.
b) jelaskan prosedur bagi perletakan jawatan en chin
c) Bilakan perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah perletakan jawatannya ditarik balik?

soalan 4 tahun 2011 Bahagian 1
Puan azureen sedang meneliti peruntukan, kelayakan dan kesan cuti terhadap perkhidmatan bagi menjelaskan pertanyaan yang dihantar menerusi email kepadanya. beliau kurang jelas dan meminta bantuan anda untuk menerangkan mengenai perkara berikut:
a) paraturan jika seorang pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara.
b) Nyatakan 7 kesan cuti separuh gaji terhadap perkhidmatan seseorang pegawai.



Ok
itu sahaja untuk setakat ini
esok2 klu rajin den menaip lagi ek
koleksi soalan bahagian 2 plak pasni
bahagian 3 den malas nak pikir sangat
pasal den dan lulus
tapi klu ade yang nak jugak
boleh la di sharekan (if ade la)
bukan ape. klu x buat cam ni den pun idak le study jugak
at lease macam ni den baca ngan berfikir la jugak
SEKIAN, slamat STUDY guys






Pn MAMA@axie04

Wednesday, April 3, 2013

Our new family member

Si kecik yang belum ade nama lagi
Angkara ayah yang nerves lebih
tido je keje die
Bising la cam mane pun
Tido jugak la
Walhal macam boleh agak die tak tido
Maybe Malas nak bukak mata kot
Silau
Tapi
masa dah nak balik tu,
Cecepat die bukak mata
Nak bye2 kot
Pas abis sesi gomol2 bagai
Sambung tido balik

Thursday, March 28, 2013

Hot air baloon


dah start minggu HOT AIR ballon putrajaya
pagi ni tengok dah berpuluh belon udara yang naik
mcm2 bentuk dan rupa
dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi
dah mula rasa kemeriahan belon2



comfirm la hujung minggu ni sarat barat org kat putrajaya
alhamdullilah kami balik kpg
x larat rasanya nak menerjah dalam panas ngan ramai org tuh
balik kampung lagi best, jumpa family terchinta



Pn MAMA@axie04

Monday, March 25, 2013

Sekolah ditutup


Jom bercuti sempena sekolah tutup
best jugak neh
kemanakah tempat pilihan,
tengah dok sibuk survey ni
paling penting tempat yang menggembirakan anak2
mak pak gembira tu lain hal
mak pak hari2 gembira
kah kah kah (gelak jahat di petang isnin)
x perlu cuti yang panjang
yang penting kualiti dan masa bergembira bersama
for sure la nak cari tempat yang paling menggembirakan bebudak
perlu ada tempat mandi manda n playground
sound like "bayou lagoon resort" cam menyeronokkan
dekat pun dekat jugak
AMACAM?
owh lupa pulak
Iskandar no more adik
he got another adik so, he is now officially abang ammar
x sabo nak balik kpg n pegang baby baru
in sha allah
akan pulang ke kampung di hujung minggu
memandangkan ibu dan baby still di ospital
anyway semoga baby dan ibu cepat keluar ospital n recover from juandis


Pn MAMA@axie04
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...