Followers

Saturday, April 20, 2013

KOLEKSI SOALAN KPSL 2010 DAN 2011 BAHAGIAN 1

Ini Untuk bahan Rujukan dan tambahan tuk yang nak study exam tahun ni ek

Dalam satu booklet ade 8 soalan, so kene jawab 5 soalan saja, sikit kan? x banyak pun. abis2 pun lenguh2 je masa nak mengarang jawapan.(jawapan esei ok) rasakan je la. huhuhu, ape2 pun saje je nak share koleksi soalan 2010 dan 2011 pasal if soalan tu 2012 comfirm la die takkan ulang balik in 2013 punya exam. dan saya just pick random question je la ek. x larat den nak menaip sebijik sejibun.
soalan 2 tahun 2010 Bahagian 1
Seorang pengurus sumber manusia mempunyai tanggungjawab menguruskan perkara-perkara spt penanggungan kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat. Berdasarkan kepada peraturan sedia ada, jelaskan perkara-perkara berikut: 
a) maksud "pemagkuan".
b) syarat-syarat pembayaran elaun penanggungan kerja.
c) aspek-aspek yang diambil kira oleh lembaga kenaikan pangkat sama menimbang urusan kenaikan          pangkat.

soalan 4 tahun 2010 Bahagian 1
a) 1.Puan felina, seorang jururawat di klinik kesihatan seri kembangan, selangor telah tepilih sebagai jurulatih  bola jaring bagi persediaan pasukan selangor mengahadapi sukan malaysia (sukma) akan datang. untuk tujuan latihan di luar negeri selangor, beliau terpaksa bercuti.
Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.
   2. doktor mikhael, seorang ahli persatuan pergigian malaysia (mda) ingin mengadiri mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan? nyatakan kadan dan syarat-syaratnya.

b) 1.Apakah syarat perlantikan seorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam?
    2. nyatakan tarikh perlantikan tetap bagi seseorang pegawai sementara.

soalan 5 tahun 2010 Bahagian 1
Jabatan kerja raya telah membuat perolehan peralatan pejabat pada 20 disember 2008. peralatan pejabat tersebut telah diterima oleh pihak jabatan pada 5 jan 2009. tempoh akaun kena bayar bagi tahun 2008 adalah sehingga 15 jan 2009 dan pihak pembekal hanya membuat tuntutan pembayaran pada 20 januari 2009.
a) dalam kes ini kenal pasti isu yang berbangkit.
b) jelaskan bagaimanakah pembayaran boleh dilakukan dan apakah syarat yang membolehkan pembayaran dibuat?
c) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

soalan 7 tahun 2011 Bahagian 1
Encik robert sedang menguruskan penyimpanan barang-barang stor yang dipindahkan dari bangunan stor lama yang akan dirobohkan kepada bangunan stor yang baru. Jelaskan
a) perancangan susun atur ruang stor yang perlu diambilkira oleh en robert bagi memastikan penggunaan ruang stor yang optimum.
b) Tata cara merekod stok bagi stor utama

soalan 1 tahun 2011 Bahagian 1
En chin seorang penolong pegawai tadbir n27 yang telah berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun, telah dipinjamkan ke dewan bandaraya kuala lumpur selama dua tahun. semasa berkhidmat di DBKL, beliau telah dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh ketua perkhidmatanya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan ketua perkhidmatan en chin yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul? beri alasan anda.
b) jelaskan prosedur bagi perletakan jawatan en chin
c) Bilakan perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah perletakan jawatannya ditarik balik?

soalan 4 tahun 2011 Bahagian 1
Puan azureen sedang meneliti peruntukan, kelayakan dan kesan cuti terhadap perkhidmatan bagi menjelaskan pertanyaan yang dihantar menerusi email kepadanya. beliau kurang jelas dan meminta bantuan anda untuk menerangkan mengenai perkara berikut:
a) paraturan jika seorang pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara.
b) Nyatakan 7 kesan cuti separuh gaji terhadap perkhidmatan seseorang pegawai.



Ok
itu sahaja untuk setakat ini
esok2 klu rajin den menaip lagi ek
koleksi soalan bahagian 2 plak pasni
bahagian 3 den malas nak pikir sangat
pasal den dan lulus
tapi klu ade yang nak jugak
boleh la di sharekan (if ade la)
bukan ape. klu x buat cam ni den pun idak le study jugak
at lease macam ni den baca ngan berfikir la jugak
SEKIAN, slamat STUDY guys






Pn MAMA@axie04

1 comment:

Anonymous said...

As salam...ada tak soalan thn 2010 bhgn 3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...