Followers

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Naik Harga


dua bulan lepas masa balik kampung
ok lagi
masih lagi RM2.50
balik minggu lepas
dah naik seringgit
penangan minyak naik
ngan harga gula yang naik la kot ni
REDHO je la
nasib la teringin punya pasal
klu idak mau la x singgah dah
gamaknyer

Saturday, September 1, 2012

Gangnam style

Dah jadi fenomena baru plak bende neh
dah yang paling x leh blah tu
sume pakat2 nak ikut belaka
x paham sekejap
ntah ape yang syok pun x tau la
takat terloncat2 macam lutong kene sebat tu
itu jugak yang nak diikut



klu dah syok
takat tengok dah la
x payah la dok awak sendiri lak nak ter"gangnam" jugak
jahanam plak jadinyer
HAMPEH



Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs

PENGASAS Apple, Steve Jobs berdiri di hadapan foto dirinya 
dan rakan sejawatnya, Steve Wozniak (kanan) 
ketika zaman awal pembabitannya sebelum muncul 
sebagai syarikat kedua gergasi dunia dalam bidang teknologi 
ketika melancarkan tablet iPad di San Francisco, 
California pada Januari tahun lalu. - Foto REUTERS


 Steve Jobs, disahkan meninggal dunia pada umur 56 tahun, kerana penyakit kanser
sayangnya, dunia kehilangan insan kreatif bijak dan pencipta.
otak die ni boleh wat kajian, huhuhu
mesti bnyak lagi idea dalam otak die yang x direalisasikan lagik

Monday, September 26, 2011

Nak BUNUH diri pun makan KOS BESAR

Percaya atau tidak
memang bunuh diri cara ini sangat lah mahal
nak beli satu hal
nak sediakan tempat 1 hal
dengar2 BAJET tahunan 2012 pun nak naikkan lagi HARGA



























































lagi mau tanya harga ape?
harga ROKOK la


































dah la ROKOK nyer mahal
tempat nak merokok pun memakan KOS yang tinggi tuk dibina
smoking area PICC























dah tu penyebaran asap tu
menyebabkan pembunuhan beramai-ramai orang sekeliling
tak ke menambah KOS perubatan PULAK
yang sakit hatinyer
KORANG isap, apah IDAK
ni yang dok MENGHIDU lak macam bangkai bernyawa dek sakit memacam
memang sangat GERAM dengan SANG perokok
sila MEROKOK dengan berhemah
dah orang dok siapakan tempat merokok pun dah cukup bagus
MEROKOK membunuh
MEROKOK adalah HARAM disisi ISLAM

ade BRAN mau cuba







saya ANTI rokok

Tuesday, September 13, 2011

Pasangan zina 5 tahun gemar rakam aksi seks

GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.
Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.
Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.



ape nak jadi NGAN korang neh
dah kantoi baru nak nagis
belum kantoi nak SYOK abis




bukti keruntuhan MORAL dan AKHLAK
muda mudi zaman skang
jgan salahkan mak bapak
ibarat KETAM mengajar anak berjalan TEGAK
padahal mak ketam pun jalan SENGET

Friday, July 8, 2011

dari biru ke oren

saya dah tukar
anda bila lagik
 ni sume akibat
ASTRO nak naik harga la ni
jadi tuk dijadikan cerita panjang
PENDEK
kami tukar ke UNIFI
hahahaha
amik ko,
selamat tinggal la streamyx
dan BAKAL selamat tinggal jugak kepada
ASTRO x lama lagik

Thursday, June 23, 2011

Perumahan Rakyat

PETALING JAYA 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA). Perdana Menteri berkata, kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan PRIMA berkonsepkan perniagaan sosial. "Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh. Bayangkanlah... satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas.

Anak beliau, Nor Ashman, turut hadir dalam program selama satu jam itu yang dihos oleh Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui.

Program itu turut disiar secara langsung oleh stesen televisyen, ntv7. - Bernama



Harap-harap la projek ni jadi
Jadi tu memang jadi
Ntah tahun bila tu x tau la
klu la jadi, bnyak golongan yang berkelayakan dan memerlukan akan terbela
jgan bagi kroni sendiri dah la
yang lagi penting, klu dah namanya perumahan rakyat
HARGA tu patut2 la skit
ape tidaknyer
umah sekangkang kera, harga MAK DATOK,
SILA JAGAN AMBIL KESEMPATAN
Ikhlas 



p/s: bila nak merancang neh

Thursday, June 9, 2011

I like ur style la babe!

Sedang bersemangat nak wat macam-macam ni
padahal keje bnyak je
(alah... keje sampai mati pun x abis) hahahaha
ayat x ingat
 
TAPI
walau sibuk cam ne pun (hari ni la, esok x tentu lagi)
nak jugak hapdet belong ni
x kira
 
 
 
DAN
saye nak citer ni
saya suka ngan CITE NI 
 
"KEHILANGAN bapa ketika dia masih terlalu kecil, iaitu pada usianya dua tahun membuatkan pelakon kacak dan sasa kelahiran Singapura, Aaron Aziz, amat menghargai setiap detik dan waktu bersama tiga cahaya matanya.
Semuanya kerana dia bimbang anak-anaknya Danish Anaqi, 7, Dewi Ariana, 5, dan Dahlia Arissa, 1, tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang bapa sebagaimana yang pernah dia sendiri lalui.
“Saya tidak tahu sampai bila akan hidup. Selagi masih bernafas, saya tidak akan sia-siakan waktu bersama anak-anak. Saya tahu bagaimana perasaan kehilangan bapa sejak kecil. Bapa meninggal dunia ketika umur saya dua tahun, sebelas tahun kemudian barulah ibu saya berkahwin semula. Walaupun hubungan dengan bapa tiri akrab, tetap tak sama sebagaimana hubungan dengan bapa kandung."
Berita Harian
Sungguh saya suka baca
ye la, dah la Aaron Aziz tu GLAMER, KACAK
tambahan lak BAPAK PENYAYANG
bertuah anak-anak die
LOVING FATHER + Husband
i wish my HUSBAND will do the same
memang suka BANGET

Monday, May 16, 2011

Guru-Guru sekalian

SELAMAT HARI GURU




kepada sume cikgu-cikgu diluar sana
x kira la yang baru jadi cikgu 
yang dah lama jadi cikgu ke?
yang dah pencen ke?
x pun ontheway nak jadi GURU ke
x kisah la
JANJI cikgu diraikan hari ni
SELAMAT HARI GURU
hari ni
adalah hari khas tu korang hargai guru korang
bukan la kata hari lain x yah hargai
tapi ni cam simbolik korang hargai guru
so die wat satu hari khas tuk insan-insan bergelar GURU



JADINYER
kepada sume guru-guru yang penah menjadi cikgu saya
selamat hari guru
kepada KAWAN2 yang dah jadi cikgu
SELAMAT HARI GURU JUGAK
cayalah... korang dah jadi CIKGU
best kan?
banyakkan bersabar ye
pasal ape?
korang mesti tau nape kan????

Monday, April 11, 2011

Sengal

Sengal betul
memang x de keje betul la
budak2 skang ni
hampeh
dah la culik budak tu
siap pakej lak
kene rogol skali
memang durjana betul la
nasib la bapak budak tu jumpa
kete dieorang
klu x abis la budak-budak tu
hancur masa depan
cam ne?
nak cakap kawasan bandar ni bahaya
same je ngan kawasan kampung
dah x de beza dah kampung ke bandar
sume bahaya
GERAM betul la
ngan budak2 yang sengal cam ni

x de ke hukuman yang berat tuk kes cam ni
kasi serik skit
ni x
setakat penjara setahun
then kene bayar saman
then dah lepas
ape cer
memang sengal la


cam ne nak pastikan 
anak2 kita selamat
sedangkan
bnyak orang gila cam ni kat lua sana
eeee SENGAL

Thursday, March 24, 2011

kawin lapan kali

tajuk x mo kalah
sabo je la
ni bukan ape
dalam dok tengah selak-selak paper
terbaca la bab ni
hmm
korang kenal x die ni
memang mabeles la
cantik beb
lagi-lagi tang mata tu
bibir tu terbentuk je (ko ade)
memang tertawan la
bila usia semakin meningkat
mukanya
masih lagi come lote
x caye
.
.
.
.
.
.
korang tengok je la
klasik gitu
tapi bila usia lanjut
cam ni la jadi nya
tapi ape nak dikisahkan
ni sume ketentuan tuhan
mane ade manusia yang makin cantik
makin lawa
sume orang akan menhadapi hari tua
tu pun klu diizin kan tuhan
yang pasti mati sentiasa menunggu setiap manusia










tu la
melalut je kan
sebenonyer nak cakap die ni dah mati kerlamarin
apo la
tu je
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
citer pasal kawin lapan tu 
betul jugak
die memang penah kawin lapan kali
hebat tu
lelaki mane yang leh nak rejek die
tengok muka la
x pun tengok body la
tapi dah nak mati...
anak2 je yang temankan
.
.
.
.
.
.
.
.
selamat sudah die
kita ni yang tinggal di dunia ni
penuhkan lah amalan buat bekalan di dunia sana
amin.

Tuesday, March 15, 2011

Explosion heard at nuclear plant - Japan

 Letupan ketiga dalam masa 4 hari dari hari pertama tragedi gempa + tsunami menyebabkan kemusnahan yang dasyat kepada lojii nuklear jepun.
Loji nuklear tu jugak menyebarkan radiasi akibat daripada kesan kemusnahan loji semasa tsunami. 
Pihak berkuasa tempatan berusaha tuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan radiasi tersebar.
tsunami yang melanda jepun Jumaat lepas memusnahkan banyak kediaman
dan meragut bnyak nyawa
bantuan dunia amatlah diperlukan
klu x mampu nak bantu kewangan
bantu lah setakat yang termampu
bantu lah dengan doa-doa semoga diselamatkan
rakan-rakan dan saudara-mara kita disana
AMIN



Monday, March 7, 2011

The Royal Wedding Prince William & Catherine Middleton

Tarikh keramat
Friday 29 April 2011 at Westminster Abbey
Prince William Arthur Philip Louis Windsor bakal kawin ngan Catherine Elizabeth Middleton
Pasangan paling hot abad ini.. huhuhu
mane x meletop nye
pasangan diraja
dikatakan bakal setanding ngan majlis kawin mak die
 masa mak die dulu lagi la hot
cam cerita dongeng
ye la bukan senang
cikgu tadika yang tetiba kawin ngan putera raja
x ke cam cerita dongeng namanya tu
Skang ni dah beso panjang dah anak depa ni
tapi mak die x la berkesempatan nak tengok anak die kawin
tapi royal wedding tahun ni bakal jadi gah...
se gah perkahwinan mak pak die..
pada pandangan mata aku la
Dolu-dolu rasanya die lagi kiut
 dari sekarang
ye la
dulu muda mudi
 Skang dah bakal jadi laki orang
rambut pun dah kurang dah tu
banyak sangat yang dipikirkan kot
nasib la bakal bini cun habis
korang nak kenal x ngan bakal bini die...
ala.. korang google je la...
comfirm bnyak info


Monday, January 24, 2011

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
 
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  - Pemimpin yang adil.
  - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).   
  - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
 
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah 'arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ' Arasy itu tiba dibumi.
' Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ' Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ' Atid / Kiraman katibin.
 
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.  Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.   

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta ' ala dengan Maha Bijaksana.  
 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
 
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.  
 
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.  
 
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. 
Pustaka Nasional Singapura 2004.
Sumber: Amar Sufi

p/s: bila baca pasal ni.... bulu roma terus meremang... x memasal time2 ni gak la terus teringat zaman-zaman nakal dolu-dolu.... isk... bila dah teringat tu......... cepat2 la bertobat... huhuhuhu 

Friday, January 21, 2011

Dibuang suami seperti sampah

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.
Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.
Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.
Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.
Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.
“Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga,” katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.

“Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.
“Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.

“Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik,” katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

“Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan,” katanya.


p/s: Bukan nak kate ape la... tapi pikir la sendiri... bila mak pak x bagi kata x sayang bila dah jadik cam ni.... nak salahkan sape? Restu mak pak tu la yang paling penting... klu ko miskin cam ne pun, ngan restu mak pak la...  ko boleh survive.... insyaallah................

Thursday, January 20, 2011

tekanan mental kah? stress kah?

Aku rasa dua-dua la kot.....

Nak dijadikan cerita... baru je kua paper pasal banyak org malaysia ni stress... x memasal malam semalam ade lak kejadian yang cam ala-ala orang stress neh.. nak tau ape???

Samalam Blok 12E1 dikejutkan dengan kedatangan anggota bomba dan penyelamat.. abis smpai 3 trak depa mai... ingatkan apo la jadik.... tekezuk den tau... hahahhaa... citer die cam ni... sejam sebelum bomba tu mai serbu, aku ngan mak dan kebetulan mr hubby lum lagi balik dari ofc.... dah tercium bau asap... aku ni ngan kelang kabut cari la sekeliling umah, pasal dok ingat mane la tau tercareless ke... siap tengok dapur n sume bilik diterjah... last-last masuk bilik utama bau asap makin kuat dan ......................................................................................................................................... punya la tekejut... ingat dalam bilik tu yang ade short ke ape ke??? nasib x de...... pastu jenguk lua tingkap... dah macam kabus dah kat lua..... masa tu dok pikir.... oooo orang bawah ni kot... dok bakar kertas... x pe la... pastu dok relak la... smpai la mr hubby balik....... kejadian tu dilupakan...... smpai la tekejut bomba tu serbu..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila dah smpai bomba tu sume penghuni intai kat tingkap je pasal..........pasal ape ...... sume pun bukan tau ape jadi sebenarnya.. hahhaha.. termasuk la ngan aku skali (masa tu jugak tepon aku berdering......... Baiti call upernyer.... ape kes... kes tanya ape jadi la... padahal aku pun bukan tau ape jadik).... pas tu kat lua umah aku ni plak dah macam riuh gile orag kua umah..... aku pun ngan semangt la kua gak.... rupa nya jiran aku sume dah kumpul kat lua... masa tu cuak gak.... umah terbakar kat floor ni ke??? upenyer... husband jiran aku ni la yang call 999 tu pasal asap tu..... nak dijadikan cerita husband jiran aku ni baru balik keje... Kami pun jiran-jiran dok pakat bercerita la..........  dari isu asap smpai la ke isu-isu lain skali.... ye la bukan slalu leh lepak-lepak ngan jiramn neh............................ rupanya abang tu dah nmpka asap dari bawah sblm die naik lift... ngan usaha susah payah die pun naik la agak-agak cam 6th floor then,, kebetulan memang asap tu datang dari 6th floor.. die pun kelang kabut la call 999. Dan nasibnyer abang tu teringat nak mintak smbung ke Balai Bomba Putrajaya....... tu yang berderu datang tu.........

Dan pasal tajuk kat atas tu... sebenarnya.. ni bukan la kejadian terbakar secara x sengaja ke ape ke? tuan umah tu... ade je kat umah........... nak tau ape die wat................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. 
. 

Die (Pompuan tau orang tuh) sebenarnya dok bakar kertas kat ruang tamu umah die (gilo ke apo, wat kate jiran aku... die wat 5S kat umah tu....)...... masa abg tu nak call 999 tu die ingat umah tu kosong... tapi bila die tunggu lama n try ketuk2 pintu kot ade sape2 yang kat dalam .... die ade la nmpak kelibat orang dok jalan kat dalam umah.................. masa tu la die pasan n terus bgi tau kat bomba tu pasal ade org takut terlemas lak orang kat dalam umah tu... tu la pasal cepat je bomba tu smpai...........


Setelah bomba tu smpai.... bomba tu ketuk la pintu umah...... lama gak ketuk................ dah lama tu tetiba dah nak pecah pintu... ade lak org bukak pintu............ dengan muka selamba je die kua..... bomba tu mintak ic bagai ngan muka selamba je die bagi... x de perasaan.. lakatakan.... bomba yang masuk nak padam kan api tu pun tersedak-sedak dek pengangan asap.. cam ne la die ni leh lak dok kat dalam tu.. dengan x de perasaan... aku pun konfius la.. huhuhu....... MENTAl tul la..........


Menurut jiran sebelah-menyebelah ngan umah die, die ni kengkadang dok sorang kat umah tu, kengkadang ade orang tua (mak die kot) n ade budak-budak skali... tapi x penah nak tegur-menegur ngan jiran...... antara jiran die tu ade gak yang 1 ofc... tapi still x bertegur... aper cer....... moral of the story... sayangi jiran anda.. hahahahaha................. 

p/s: Ape la nak jadi ngan orang malaysia skang ni... bnyak sngat pikir kot... tu yang stress bnyak tuh.... anyway......... ape yang paling menakutkan dari kes ni.....kot kate la die terlemas kat dalam asap tu.... ape nak jadi? jadi kes bunuh diri la... dalam islam bunuh diri tu dosa tau............................ 

Wednesday, January 19, 2011

Kemilau bintang di karpet merah

ANUGERAH Golden Globe Ke-68 yang berlangsung baru-baru ini bukan hanya untuk meraikan karyawan filem dan televisyen Hollywood. Malah, ia juga dilihat sebagai pentas peragaan buat artis-artis yang kesemuanya hadir dengan busana dan aksesori yang cukup mewah. Semuanya tidak mahu kalah dengan penampilan masing-masing dan sudah menjadi satu tradisi setiap kali musim anugerah di Hollywood. Pelbagai warna dan jenis rekaan yang menarik dapat disaksikan di hamparan karpet merah sebelum acara berlangsung. Hits juga tidak mahu ketinggalan meraikan kehebatan Anugerah Golden Globe Ke-68 dengan memaparkan fesyen yang digayakan oleh artis wanita terkenal Hollywood. – SHAZRYN MOHD. FAIZAL
CHRISTINA Aguilera muncul dengan busana rekaan Zuhair Murad.

Tuesday, January 18, 2011

papa GO

"huhuhu.. tajuk x ingat"

sesaje je letak tajuk cam tu padahal nak citer pasal benda neh....(ade gak la kaitan die)
Sesape yang dah pakai bende neh.... aku baru je start pakai bende ni..pasal ape? pasal kami x terer sngat jalan-jalan kat area KL neh.. so memang la sngat berguna benda ni.. sanagt-sangat berguna k.
Actually aku x la beli yang sebijik cam kat atas neh... aku beli yang neh
Tengok kotak je la dulu ek... huhuhuhu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang sebetulnya yang ni... huhuhuhuhu
Jenama wayway by papago.. huhuhu... jenuh gak nak wat keputusan masa nak beli benda neh... huhuhu ye la.. takut x terguna je.. pasalnya bukan slalu sngat kami go around the KL neh.. sekali sekala je.. tapi memandangkan banyak lagi fungsi lain.. so Papa dengan sokongan Mama wat keputusan tuk beli gak bende ni... ye la demi kesenangan di masa hadapan... (xde la nanti ade orang bising asyik x jumpa je) huhuhuhuhuhu... 
Kami g beli bende ni kat Digital Mall PJ.. punya la seksa mencari tempat tu.. huhu.. ye la di tengah-tengah kesesakan rupanya... ingatkan Digital Mall ni cam 1bngunan khas.. huhuhu ye la.. dah kate pun Mall.. mesti la besar n senang di lihat... rupanya.. punya la.... seksa mencari... disebalik bangunan umah kedai.. dah tu kat belakang lak tu.. lagi masalah die nak cari paking punya la susah... 3 4 kali gak la pusing nak cari paking neh.. huhuhu... klu dah g Digital Mall neh... x sah klu x melihat segala macam gadget yang latest.. terliur je tengok.. huhuhu.. rasa cam nak grab sume je.. huhu... (meleleh air mata papa)......

Itu sahaja untuk kali ini... sekian....
P.s: Pic tu sume google.... pasal sendiri punya x sempat nak snap... maklum la... anak dara saya lagi sibuk dari saya....

Friday, January 14, 2011

GERAM, cipan punya orang

GERAM TAHAP GABAN..................................... PLEASE........................................ TOLONG.............
Bak kata MAMA Zakwan.. meleleh air mata tengok benda neh................ Ya allah.. smpai hati korang wat cam ni.................
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
Korang bayangkan anak-korang yang dihantar ke rumah pengasuh dilayan cam ni.... dah macam anak terbuang tau......  Nak tengok yang lagi sedih....................... Lahabau la wat kate orang negeri sembilan.......... memang GERAM TAHAP CIPAN aku tengok ni............ eeeeeeeee.......siot betul la..... terkedu aku tengok nih..... 
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

Ape korang nak cakap lagi.................... ni la senario yang slalu nyer jadi kat umah pengasuh.................. x payah citer banyak... rerajin la korang serbu umah pengasuh.. tengok ape jadi kat umah tu... cam ne keadaan anak korang.... aku ni memang la x merasa keadaan cam ni.. pasal mak aku yang jaga anak aku... tapi bila tengok cam ni..... ape kan daya... lemah kaki tngan tengok bila terbayangkan klu Almira diperlalukan cam ni... Ya allahhh..... nak mengeluh pun x guna... rasa x terucap rasanya............


p/s: Mama zakwan... mintak copy pic ni tau..... kepada MamaMika pun thanks gak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...