Followers

Wednesday, December 26, 2012

Shinzo Abe:Bekas PM Jepun Menang Pemilihan Parti


TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memenangi pilihan raya parti pada Rabu, sekaligus menjadikan beliau pemimpin kumpulan pembangkang di negara itu.
Kemenangan itu juga bakal membolehkan beliau bertanding sebagai Perdana Menteri Jepun dalam pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan tahun ini.
Abe menewaskan Shigeru Ishiba bagi meneruskan kepimpinannya dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) negara itu.
Dalam ucapan selepas kemenangannya, Abe berikrar untuk bekerjasama dengan penggubal undang-undang dan berhasrat menempatkan kembali LDP ke dalam kerajaan.
"Bukan sahaja untuk diri kita, bukan sahaja untuk LDP tetapi bagi tujuan membina Jepun agar lebih kuat, makmur, dan menjadikan rakyat bangga menjadi rakyat negara ini," katanya. AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...